Hi, what are you looking for?

Mamak News

PNB lancar dana unit amanah baharu, ASN Sukuk


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PORT DICKSON – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan dana unit amanah pendapatan tetap (ASN Sukuk) hari ini.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata, ASN Sukuk menyasarkan pelabur dengan tahap toleransi risiko rendah yang cenderung kepada pendapatan stabil dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

“Dana harga berubah baharu ini memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pelbagai portfolio Sukuk (instrumen pendapatan Islam).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Yang mana 80 peratus hingga 99 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) dana tertumpu kepada aset kelas Sukuk termasuklah Terbitan Pelaburan Kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MSAM 2022 di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Muzzaffar Othman berkata, dana unit amanah baharu itu menawarkan pelaburan alternatif yang stabil kepada para pelabur.

“Dalam suasana pasaran global yang dijangka kekal tidak menentu pada tahun 2023, aset pendapatan tetap adalah satu tawaran nilai yang menarik untuk pelabur yang mencari portfolio keseluruhan yang stabil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dana baharu ini mempunyai beberapa ciri dana unit amanah ASNB sedia ada yang akan menarik pelabur untuk memiliki portfolio pelaburan Sukuk termasuk pelaburan minimum RM10 seterusnya pelaburan tambahan serendah RM1,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Muzzaffar, ASN Sukuk membolehkan pemegang unit melengkapkan dan mempelbagaikan portfolio pelaburan sedia ada mereka dalam ASNB untuk membina portfolio yang lebih seimbang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyongnya pada Pilihan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Perancis mengharapkan ‘magis’ Kylian Mbappe kembali bersinar menjelang aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark pada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan media mengumumkan pendirian mereka mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications