Hi, what are you looking for?

Sukan

Pok Nik pasrah masih gagal bantu KL City FC


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PERTAHANAN KL City FC, Nik Shahrul Azim Abdul Halim pasrah apabila masih belum mampu kembali ke padang sebaik sahaja saingan Liga Super 2022 bermula susulan kecederaan lutut yang dialami sejak November tahun lalu.

Nik Shahrul masih memerlukan masa sehingga dua bulan untuk kembali ke padang selepas dihimpit kecederaan ketika aksi kelima peringkat kumpulan Piala Malaysia tahun lalu.

Nyata, ia bukan permulaan yang diinginkan oleh pemain berusia 32 tahun ini namun dia tidak boleh terburu-buru kerana enggan perkara yang tidak diingini berulang dan mahu memastikan dirinya betul-betul sembuh untuk kembali mempertaruhkan aksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang saya masih dalam fasa pemulihan, nak lari pun tidak boleh lagi, dan doktor ada beritahu mungkin dalam dua bulan lagi baru sembuh sepenuhnya.

“Selepas itu, baru boleh mula bina balik tahap kecergasan dan kalau untuk beraksi, berkemungkinan dalam bulan April baru saya boleh bermain.

“Saya boleh katakan ini adalah kecederaan yang paling teruk saya alami dan sebab itu saya tidak mahu ia berpanjangan kerana paling penting saya tidak mahu terlepas beraksi dalam Piala AFC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Awal-awal musim ini saya redha apabila tidak boleh bermain dan berharap dalam tempoh sekarang, proses pemulihan akan terus berjalan lancar”, jelasnya.

Pok Nik Pasrah Masih Gagal Bantu KL City FC

Memasuki musim ketiga bekas pemain Kelantan ini beraksi bersama Kuala Lumpur, Nik Shahrul mengakui pasukan itu banyak membantu dirinya untuk membina kembali momentum selepas menghadapi musim mencabar ketika bersama Negeri Sembilan dan PKNS FC sebelum ini.

“Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersama Kuala Lumpur buat musim ketiga, dan saya gembira untuk terus berada dalam pasukan ini kerana banyak yang saya belajar di sini.

“Awal-awal dahulu sewaktu saya mula-mula datang ke sini daripada PKNS FC, agak kekok juga nak biasakan diri dan persaingan juga sengit, tetapi sekarang dah kian serasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Harapnya tahun ini akan menjadi musim yang lebih baik untuk kami semua sepertimana yang kami dah lakukan pada musim 2021 sehingga berjaya menang trofi Piala Malaysia’’, katanya.

Nik Shahrul telah melakukan 16 penampilan dalam kesebelasan utama termasuk dalam saingan TM Piala Malaysia di mana Kuala Lumpur menamatkan musim 2021 di tangga keenam Liga Super.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan es. Ketua...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Saya datang untuk beri songan kepada Zul. Tindakannya pada hari ini sangat matang dan bertanggungjawab.”...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications