Hi, what are you looking for?

Sukan

Poland beri sokongan moral pada Lewandowski


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

DOHA – Seluruh skuad Poland tidak akan menuding jari terhadap Robert Lewandowski selepas penyerang Barcelona itu gagal menyudahkan pe­nalti untuk berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Mexico pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium 974, awal pagi semalam.

Di sebalik kegagalan Lewandowski mencipta gol sulung di pentas Piala Dunia, jurulatih­nya, Czeslaw Michniewicz bertegas semua pihak akan terus kekal di belakang pe­nyerang itu.

Michniewicz juga tidak menolak andaian yang mengatakan Lewandowski sedang memikul tugas cukup berat untuk memimpin pasukan raih kejayaan dan akui seluruh pemain sedang dihimpit rasa duka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya bersimpati dengannya dan saya tahu bagaimana perasaan seorang kapten yang gagal menyempurnakan penalti. Dia cukup beremosi apabila mengenangkan insiden itu.

“Kami memantau bilik persalinan dan Robert juga ada menyaksikan ulangan sepakan itu. Namun, saya percaya dia tahu bagaimana untuk atasi keadaan sekarang dan kami sebagai satu pasukan akan bantunya.

“Harus diingat, masih ada pemain hebat lain yang gagal menyempurnakan penalti se­perti Socrates, Zico, Michel Platini dan Diego Maradona. Inilah bola sepak, namun kami tahu dia akan bantu kami pada aksi selepas ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada perlawanan awal pagi semalam, penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa terus menjadikan Piala Dunia sebagai tempat dirinya menyinar apabila menyelamatkan penalti Lewandowski pada minit ke-58.

Mengulas lanjut, Michniewicz tetap berpuas hati ­dengan satu mata dan merasakan ia lebih baik berbanding tewas seperti yang dihadapi Argentina.

“Ia menjadi perlawanan yang sukar buat kami. Keputusan ini langsung tidak menjejaskan peluang kami atau pun Mexico. Jika menang ia mungkin akan jadi lebih senang tetapi sekarang adalah lebih baik satu mata daripada kalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Segalanya kini terletak dalam tangan kami sendiri dan keputusan ini tidak pernah merubah mentaliti pasukan untuk dapatkan keputusan lebih baik pada aksi selepas ini,” katanya.– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Hasrat pemain skuasy perseorangan wanita, Aifa Azman untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Amelia Henderson melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang menceritakan segalanya di mahkamah. Kata...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Piala Dunia 2022 Di Qatar Pengadil Banyak Memberi Masa Tambahan Untuk Perlawanan Edisi Piala Dunia kali ini banyak...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications