Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Polis Akan Panggil Caprice, Wanita Indonesia Bantu Siasatan


Kes Ebit Lew: Polis Akan Panggil Caprice, Wanita Indonesia Bantu Siasatan

SHAH ALAM, 19 Sept (Bernama) — Polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan seorang wanita Indonesia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata tindakan itu akan dilakukan pihaknya setelah menerima arahan lanjut (OTI) bagi menyiasat kes berkenaan, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sasikala berkata polis setakat ini hanya menerima satu laporan yang dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya semalam.

“Untuk (keterangan) Ebit Lew, kami sudah rakam percakapan beliau. Untuk (Caprice dan wanita Indonesia itu) kami mesti (dapatkan) sebab (mereka) saksi berkaitan kes, kita perlu rakam percakapannya.

“Kita akan lengkapkan siasatan berkenaan kes ini untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sasikala berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Media semalam melaporkan bahawa polis menerima laporan daripada Ebit yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular menerusi media sosial yang bertajuk “The Mondy Tattoo Interview”.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata beliau mengesahkan laporan yang diterimanya daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun pada 2.17 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kes Saman Selesai, Caprice Mohon Maaf Kepada SM Faisal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications