Hi, what are you looking for?

Hiburan

Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta hari pembukaan


PETALING JAYA – Filem terbaharu Polis Evo 3 membuktikan kemampuan mengganas di pawagam apabila meraih lebih RM3.4 juta pada hari pertama tayangannya, kelmarin.

Naskhah aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X dengan kutipan melebihi dua kali ganda pada hari pembukaan 25 Mei lalu, sekaligus mendominasi carta kutipan panggung.

Penerbit Eksekutifnya yang juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem itu sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

“Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Selain Zizan dan Shaheizy, barisan pelakon lain ialah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Plot berkisar misi Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) yang kembali dengan cabaran menjejaki bekas anggota polis, Reza yang ingin membalas dendam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali ini pasukan merekq disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) serta Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun. Menurut laporan media...

Sukan

0 VALENCIA – Pasukan Repsol Honda mula mengatur barisan kru terbaik mereka menjelang persiapan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas mengesahkan kehadiran pelumba...

Mamak News

0 Saintis Bimbang Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Membimbangkan Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Leeds mendapati bahawa pencairan ais di kawasan barat Antartika...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Boleh berpoligami tetapi jangan jadikan tontonan umum.” Itu nasihat pelakon Azhar Sulaiman buat para suami susulan isu poligami yang hangat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications