Hi, what are you looking for?

Mamak News

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu terbabit.

“Kita telah mengesan sekeping surat bertajuk ‘Peringatan Penularan Kes Penculikan Murid sekolah’ bertarikh 27 September yang memberikan persepsi negatif kepada masyarakat khususnya di daerah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdasarkan siasatan mendapati surat berkenaan telah dikeluarkan oleh guru besar Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, surat itu merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Justeru, Suffian meminta agar masyarakat bertenang dan sentiasa hubungi pihak polis sekiranya mempunyai masalah berkaitan isu keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Spekulasi hubungan Datuk A. Aida dengan pelakon, Wak Doy seakan terjawab apabila penerbit sensasi itu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua beranak nyaris rentung selepas sebuah bilik di kediaman mereka di Jalan SM9, Sunway Batu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan di Perak dan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Selepas masih gagal meledak sebarang gol di pentas Piala Dunia, penyerang England, Harry Kane bersedia mengadakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications