Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Polis Rekod Keterangan Lima Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh Bakar Wanita

Mamak News

Polis Rekod Keterangan Lima Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh, Bakar Wanita


KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Polis selesai mengambil keterangan lima individu termasuk suspek utama bagi membantu siasatan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes itu dan akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, hanya seorang suspek utama dikenal pasti dan telah ditahan iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 30-an bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berdasarkan semakan, suspek yang masih bujang itu mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan cabul dan samun dan saya menyifatkan kes itu amat tragis serta tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan dua van jenazah daripada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sabtu lepas mayat seorang penyelia ditemukan disyaki dibunuh dan dibakar di dalam bilik bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan direman tujuh hari hingga 19 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Azmi berkata dua van berkenaan akan ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi dan Cheras untuk kegunaan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan pengurusan jenazah.

“Orang ramai boleh datang ke balai polis dan mendaftar nama untuk menggunakan van itu secara percuma. Jika tidak ada pemandu, kita akan membantu dengan memohon bantuan rakan strategik Polis Diraja Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement