Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Polis Sahkan OKT Mati Mengejut Dalam Tahanan


KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pagi tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 63 tahun itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dan ditempatkan di IPD Taiping.

“OKT telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada 11 Jan lepas sementara menanti sebutan seterusnya pada esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azri berkata OKT itu dituduh pada 18 April tahun lepas di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (kerana mencuri sebuah kenderaan motor) dan Seksyen 324 (kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata).

Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement