Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Polis Sahkan Terima Dua Laporan Terhadap Siti Mastura


dua laporan siti mastura

Polis Sahkan Terima Dua Laporan Terhadap Siti Mastura

KEPALA BATAS, 13 Nov (Bernama) — Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaannya yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata laporan itu termasuk yang dibuat sekumpulan individu daripada Kelab DAP Veteran Kebangsaan pada Sabtu lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya. Saya sahkan dua laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah SPU setakat ini.

“Bagaimanapun, rakaman keterangan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan memaklumkan janji temu untuk proses merakam keterangan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dijadualkan semula pada 11 pagi esok di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Razarudin berkata setakat hari ini enam laporan polis sudah diterima berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng.

Jumaat lepas, Guan Eng memaklumkan beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Siasat Kes Samun Barang Kemas Tular

The post Polis Sahkan Terima Dua Laporan Terhadap Siti Mastura appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 NAPLES: Seorang bekas pengedar dadah sanggup menyerahkan sebuah pulau buatan yang dimilikinya di luar pantai Dubai kepada pihak berkuasa Itali dengan harapan hukumannya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications