Hi, what are you looking for?

Mamak News

Polis Siasat Kes Pelanggaran S.O.P Di Sebuah Majlis Parti Politik


KUALA LUMPUR, 11 Jan – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis di Jalan Tun Ismail di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman sosial oleh pemilik akaun Twitter [email protected] mengenai beberapa individu tidak memakai pelitup muka, pada majlis berkenaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik akaun Twitter tersebut mempersoal tindakan tetamu yang tidak memakai pelitup muka pada majlis membabitkan sebuah parti politik.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Rata-rata orang bujang berbelanja sekitar RM20 hingga RM30 sehari untuk tiga kali makan. Menerusi tinjauan Kosmo! di hari ini mendapati,...

Mamak News

0 WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan...

Sukan

0 MONACO – Juara dunia, Max Verstappen mengakui gusar de­ngan ancaman yang bakal diberikan oleh Ferrari menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco malam ini....

Mamak News

0 Ibu Bapa Kena Tahu, Ini Cara Berkesan Cuci Slime Yang Lekat Pada Pakaian Anak Dulu mungkin kita sudah terbiasa melihat kanak-kanak bermain tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications