Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Polis Tahan Chegu Bard


Polis Tahan Chegu Bard

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kerana keengganannya memberikan kerjasama ke atas siasatan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata Chegu Bard ditahan di Jalan Raja Laut di sini malam ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang menyentuh konflik sempadan Malaysia-Indonesia, pemilikan harta pemimpin negara serta pendedahan dokumen rahsia besar sebuah jabatan kerajaan di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata PDRM menerima enam laporan polis dan telah membuka lima kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Polis telah memanggil beliau beberapa kali untuk memberi kerjasama, namun gagal menghadirkan diri malah polis juga telah kemukakan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah kepadanya.

“Chegu Bard sendiri telah menandatangani akuan penerimaan notis itu, namun enggan hadir ke mana-mana balai bagi dirakam percakapan tanpa memberikan sebarang alasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Polis Tahan Lelaki Disyaki Pukul Gelandangan

Mohd Shuhaily berkata kegagalan Chegu Bard dalam membantu PDRM melengkapkan proses siasatan ke atasnya, seolah-olah mencabar proses siasatan dan perundangan negara.

“Ia termasuklah kegagalannya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pagi tadi, sekali gus menyebabkan tangkapan dibuat setelah mendapat Waran Tangkap dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1997, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, mengulas sama ada penahanan beliau mempunyai kaitan dengan ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’, Mohd Shuhaily menafikan perkara berkenaan.

“Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa penahanan Che’gu Bard pada malam ini tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan berkenaan pada Sabtu ini dan dia bukan salah seorang daripada pemohon perhimpunan,” katanya sambil menambah, PDRM akan cuba menyelesaikan rakaman percakapan Chegu Bard pada malam ini jika mendapat kerjasama yang baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Sukan

0 JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan keharmonian dalam bilik persalinan merupakan antara faktor penting anak buahnya bermotivasi memberikan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications