Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Polis Tahan Lelaki Menyamar Pegawai Polis


Polis Tahan Lelaki Menyamar Pegawai Polis

ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) — Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis sebelum dipercayai melakukan jenayah samun dan cabul, ditahan dalam satu serbuan di hadapan sebuah premis di Taman Sri Pendang, Pendang, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Aariz Sham Hamezah berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada 3.30 petang selepas seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek yang merampas telefon bimbit dan mencabul isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa mendakwa suspek yang menunggang motosikal seorang diri telah menghampirinya ketika sedang membaiki kereta seorang rakannya yang rosak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Suspek kemudiannya telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada mangsa dan rakannya. Suspek telah meminta kad pengenalan kedua-dua lelaki berkenaan untuk semakan sebelum merampas telefon bimbit milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aariz Sham berkata suspek kemudian meminta mangsa untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang sekiranya mahu mengambil telefon bimbit miliknya semula, sebelum beredar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimanapun, suspek telah menghubungi isteri mangsa melalui telefon bimbit milik mangsa sebelum memberitahu bahawa suaminya berada dalam tahanan polis. Suspek mendakwa kononnya dia boleh melepaskan mangsa dan mengajak wanita itu untuk berbincang di sebuah kawasan perumahan.

“Wanita yang bimbang itu telah berjumpa suspek dengan menaiki kereta dan sebaik tiba di lokasi perjumpaan, suspek telah masuk ke dalam kereta dan meminta wanita berkenaan untuk terus memandu,” katanya.

Beliau berkata suspek disyaki mengambil kesempatan dan mengajak wanita itu untuk melakukan hubungan seks, namun ia ditolak sehingga menyebabkan suspek berang dan kemudiannya mencabul isteri mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa dan isterinya yang sedar mereka ditipu oleh suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan susulan daripada itu sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek. Dalam serbuan itu, polis turut merampas beg dan kotak hitam yang berisi dadah jenis syabu, kondom dan telefon bimbit.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu (30 Jan) dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK dan Seksyen 392 KK,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Tidak merajuk, sebaliknya paduan suara penyanyi Izzue Islam bersama bekas kumpulannya, Forteen dalam single baharu berjudul Ntah Epilog Cinta bukti...

Hiburan

3s SELEPAS mahu bertaubat impak menonton sebuah filem mengenai seksa neraka, pempengaruh transgender Indonesia, Lucinta Luna mahu meneruskan usaha membuat amalan baik. Antaranya adalah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, nama pelakon baharu, Cupcake Aisyah meledak dalam media sosial apabila didakwa ‘menyondol’ bekas teman lelaki anak...

Advertisement