Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Bawa Dadah Bernilai Lebih RM9.5 Juta


Polis Tahan Sepasang Suami Isteri Bawa Dadah Bernilai Lebih RM9.5 Juta
KUALA KRAI, 3 Dis (Bernama) — Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta di Kampung Batu Jong, di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan terbesar tahun ini itu dilakukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) ketika menjalankan rondaan pada 8 pagi.

“Anggota bertindak menahan kenderaan dinaiki pasangan warga tempatan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemukan 11 guni yang setiap satu mengandungi 24 bungkusan dibaluti dengan kerajang aluminium bertulis ‘Guanyingwang’ disyaki dadah jenis syabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kesemua dadah yang dirampas seberat 264 kilogram dianggarkan bernilai RM9,504,000 dipercayai untuk pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki yang ditahan mengambil upah RM5,000 untuk satu perjalanan bagi membawa bekalan dadah tersebut sebelum kenderaan yang dinaiki mereka akan ditinggalkan di satu kawasan lain sebelum diambil individu lain.

“Pasangan suami isteri didapati tiada rekod jenayah lampau. Mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 Dis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Haris Is atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta....

Advertisement