Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Pop-Up Adidas Originals X JD Sports Ambil Alih Kuala Lumpur


adidas Malaysia dan JD Sports menjemput anda bagi meraikan sukan dan gaya di hab kebudayaan Malaysia

Kuala Lumpur, 4 September 2023 – adidas Malaysia dengan kerjasama JD Sports mengumumkan pelancaran “adidas Originals x JD Sports Pop-Up”, satu pengalaman imersif menakjubkan bertujuan meraikan gaya asli dan warisan bagi jenama tersebut. Meraikan pertemuan di antara sukan dan gaya menerusi kerjasama dinamik dengan JD Sports, pop-up ini bakal menarik minat peminat dengan tawaran eksplorasi unik adidas Originals.

Berlangsung di Pusat Beli-belah Pavilion Bukit Bintang dari 6 September hingga 17 September 2023, Pop-up adidas Originals x JD Sports ini bakal menampilkan paparan kasut, barangan ekslusif dan perkhidmatan untuk para pengunjung menyelami dengan lebih dekat asal-usul adidas Originals di samping mendukung evolusi kontemporari jenama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lahir dari Sukan, Berkembang kepada Budaya Popular

Sejak penubuhannya, adidas telah menawarkan dunia pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi sukan olahraga. Ini seterusnya telah mencipta satu warisan yang berakar umbi dalam sukan dan budaya, sekaligus mendorong adidas Originals ke barisan hadapan dunia fesyen.

Peralihan dari padang ke budaya jalanan telah meletakkan adidas Originals sebagai lebih daripada sekadar jenama pakaian sukan. Jenama ini kini dikenali sebagai sebuah lambang ekspresi budaya dan pengaruh jenama ini terhadap muzik, seni dan budaya jalanan merentasi pelbagai era. Mendukung warisan ini, pop-up adidas Originals x JD Sports mengetengahkan evolusi dua jenis pasang kasut paling ikonik adidas iaitu Samba dan Gazelle.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Evolusi adidas Originals Samba

Sebagai bintang utama acara ini, Samba adalah bukti sebenar kepada legasinya yang berkekalan dengan bentuk abadi dan ikonik. Pada asalnya, Samba diperkenalkan pada tahun 1950-an untuk kegunaan di padang bola dan dengan pantas melangkaui asal-usul olahraga untuk menjadi pakaian jalanan global kegilaan ramai.

Menerusi reka bentuknya yang tersendiri, dicirikan dengan bahagian atas kulit yang kemas, penutup kaki sued khusus dan tapak luar getah ikonik, ianya kekal dikenali sejak bertahun lamanya, beralih dari asal-usul olahraganya kepada simbol gaya kasual, urban yang digemari kerana keselesaan serta gaya yang mudah dipadankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Evolusi adidas Originals Gazelle

Sejak diperkenalkan pada tahun 1960-an sebagai kasut bola sepak kemudiannya kasut latihan, Gazelle berkembang seiring dengan landskap budaya jalanan yang sentiasa berubah. Bahagian atas sued yang kemas, tiga jalur ikonik, dan bentuk berprofil rendah tak lapuk zaman, disesuaikan secara berterusan untuk membentuk trend kontemporari.

Selama bertahun-tahun, ia telah dihasilkan semula dalam pelbagai warna dan bahan, malah dengan kerjasama pelbagai artis, pemuzik dan ahli seni. Hari ini, Gazelle tampil sebagai simbol bergaya retro, menggabungkan estetika vintaj dengan bakat moden, menjadikannya ruji dalam budaya kasut dan bukti legasi reka bentuk adidas yang berkekalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kolaborasi Antara Ikon: adidas Originals x JD Sports

Kerjasama adidas Originals dengan JD Sports meraikan pertemuan dua jenama ikonik menerusi perkongsian minat terhadap gaya. Ia mewujudkan sebuah platform untuk peminat berseronok dalam gabungan fesyen, budaya dan sukan.

“adidas Originals x JD Sports Pop-up” bukan sekadar acara, malah matlamat kami adalah untuk membawakan keseronokan dan kegembiraan dalam penerokaan warisan akar umbi jenama kepada peminat Malaysia, di mana gaya dan warisan diilhamkan oleh sukan,” ujar Sharmin Photographer, Pengurus Negara adidas Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kerjasama kami dengan JD Sports, satu jenama dengan pemikiran yang sama membolehkan kami untuk berinteraksi bersama komuniti adidas dengan lebih mendalam di samping berkongsi kisah yang telah menjadikan adidas Originals sebagai ikon abadi. Samba merupakan permulaan bagi perjalanan yang mengujakan buat adidas Malaysia untuk 2023 dan tahun seterusnya.”

King of Trainers; JD Sports, merupakan antara jenama besar dalam pasaran olahraga dan kasut sukan global dan tempatan.

Dengan rangkaian kasut yang luas serta pemahaman mendalam mengenai budaya jalanan, jenama ini memulakan perniagaannya di Malaysia pada tahun 2016, dan telah berkembang secara konsisten dan memupuk budaya sukan yang kian berkembang pesat dengan menawarkan pengguna Malaysia dengan kasut sukan eksklusif sehinggalah ke pelbagai jenis pakaian di pasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Andre Loong, Ketua Pegawai Eksekutif JD Sports Malaysia berkata, “Tujuan kami adalah jelas; mengembangkan pemahaman kami dalam budaya jalanan dan fesyen secara konsisten dengan tujuan untuk membawakan kasut sukan eksklusif dan pelbagai jenis pakaian kepada pelanggan kami.

“Kami amat teruja untuk bergabung dengan adidas bagi pop-up ini. Kerjasama ini memaparkan komitmen bersama kami untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tiada tandingan di mana kasut bertemu dengan gaya dan keasliannya diraikan.”

Aktiviti Menarik di Pop-Up

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik tiba di Air pancut Pavilion Kuala Lumpur, pengunjung akan disambut oleh kotak kasut gergasi 2-tingkat adidas Originals. Di dalam ruang Pop-up, para pengunjung boleh melakukan aktiviti:
Pameran Arkib Kasut | Terokai evolusi kasut adidas Originals ikonik dengan fokus kepada kasut lagenda Samba dan Gazelle.

Ruang Cuba Kasut | Rasai pengalaman Samba dan apa yang menjadikannya kasut ruji bagi pakaian sukan dan jalanan.

Stesen Permainan Kuiz Interaktif | Uji pengetahuan anda mengenai adidas Originals dan JD Sports. Jawab sekurang-kurangnya empat (4) daripada lapan (8) soalan dengan betul dan terima satu baucar tunai JD Sports.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja keluar dari ruang Pop-up adidas Originals x JD Sports, pengunjung akan disambut dengan sepasang kasut Samba gergasi yang bertindak sebagai penunjuk arah ke kedai JD Sports, Pavilion Elite. Di kedai, pengunjung boleh menebus:

Hadiah dengan Pembelian | Pengunjung berpeluang untuk mempertingkatkan gaya peribadi mereka dengan pembelian mana-mana produk adidas. Pelanggan dengan perbelanjaan minima RM350 layak memilih satu premium, manakala pelanggan dengan perbelanjaan minima RM500 layak untuk memilih dua premium.

Antara pilihan premium yang tersedia adalah pin, tali kasut dan tampalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkhidmatan Pembersihan Kasut Professional | Terpakai untuk sejumlah bilangan pengunjung harian yang hadir dengan kasut adidas – servis pembersihan kasut ini akan mengekalkan jangka hayat kasut kegemaran anda.

Kerjasama dengan Crep Protect | Bekerjasama dengan Crep Protect, pop-up ini mengetengahkan kepentingan penjagaan dan penyelenggaraan kasut anda dengan menawarkan pengunjung semburan perlindungan percuma spontan dengan pembelian kasut adidas.

Perkhidmatan pembersihan dan perlindungan kasut hanya beroperasi sepanjang tempoh pop-up dari Jumaat hingga Ahad, sejak pukul 3 petang hingga 9 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Instagram rasmi adidas dan JD Sports .

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications