Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Prestasi Izzuddin-Sze Fei belum capai potensi


JURULATIH beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menganggap anak buahnya, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani belum mencapai potensi sebenar meskipun sudah lama membentuk gandingan bersama.

Beliau menjelaskan, prestasi bekas juara Terbuka Jerman itu belum memuaskan, terutamanya apabila mereka terkandas di pusingan awal Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters.

Walaupun percaya kedua-dua pemain itu masih berpeluang untuk memperbaiki prestasi yang ditampilkan, namun Bin Shen menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada Sze Fei dan Izzuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berhubung sama ada untuk mengatakan prestasi mereka sudah mencapai tahap maksimum ataupun tidak, hanya mereka berdua yang dapat merasakannya. Mereka pasti ada sasaran tertentu selepas berpisah dan kembali berganding semula.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa prestasi mereka sudah tidak boleh (diperbaiki) kerana masih ada peluang untuk meningkat. Bagaimanapun, segala-galanya terpulang pada diri mereka sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Sze Fei dan Izzuddin mengambil keputusan untuk berpisah awal tahun lalu kerana menganggap sudah tidak ada persefahaman sebelum kembali membentuk gandingan lima bulan kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun berdepan aksi tidak menentu, namun beregu No.21 dunia itu masih diberikan kepercayaan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila disenaraikan dalam skuad negara ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 13 hingga 18 Februari ini.

Antara beregu lain yang turut membarisi skuad tersebut adalah bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri manakala perseorangan terdiri daripada Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement