Hi, what are you looking for?

Mamak News

Projek hartanah baharu Jazz Park bangunkan perbandaran eksklusif


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KULIM – Primus LKS Development Sdn. Bhd. melancarkan projek hartanah baharu dikenali sebagai Jazz Park dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.2 bilion sekali gus bakal menjadikannya pembangunan perbandaran yang eksklusif di daerah ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Primus, Datuk Razman Mohd. Noor berkata, projek bercampur antaranya meliputi perumahan, premis perniagaan, bangunan komersial serta hospital pakar itu dibangunkan di kawasan seluas 28 hektar berhampiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Katanya, pihaknya mempunyai visi untuk menyumbang bagi menaikkan status Kulim sebagai bandar moden dan kontemporari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jazz Park terletak di lokasi strategik iaitu di perbandaran utama Kulim serta berhampiran dengan beberapa institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan dan kawasan perindustrian,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Jazz Park di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail.

Projek mega itu dibahagikan kepada lapan fasa dengan fasa pertama melibatkan rangkaian restoran makanan terkenal yang dijangka siap pada penghujung tahun ini diikuti pembangunan pangsapuri 360 unit pada harga kira-kira RM260,000 seunit yang dijadualkan siap dalam tempoh tiga tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, syarikat juga menyediakan skim rumah mampu milik di tapak pembangunan tersebut terdiri daripada jenis Aman, Makmur dan Kasih.

“Kita yakin Jazz Park berpotensi untuk menjadi pemangkin kepada semua sub sektor ekonomi di Kedah yang mana ia dijangka mampu menjana aktiviti mantap dalam pasaran komersial, runcit, industri, perumahan dan hospitaliti,” ujarnya.

Tambahnya, selain itu, Jazz Park berupaya menjadi lokasi utama untuk pelbagai pembangunan masa hadapan di samping memberikan peluang keemasan kepada pelabur tempatan dan asing untuk melabur serta memiliki hartanah di kawasan perbandaran yang ekslusif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, katanya, pihaknya turut menganjurkan Festival Citarasa Irama Muzik selama dua hari bermula hari ini dengan kehadiran penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M. Nasir sempena pelancaran projek berkenaan.

Dalam pada itu, Ku Abd. Rahman berkata, projek itu memberi imej dan nafas baharu terhadap pembangunan di Kulim yang mana ia berupaya untuk menarik lebih ramai pembeli rumah kali pertama serta dalam kalangan pelabur, ekspatriat serta pekerja dalam bidang teknologi tinggi di KHTP.

“Pembangunan kawasan perbandaran baharu yang moden dan eksklusif ini bakal dilengkapi restoran terkenal, pusat beli-belah serta hospital ini membuka peluang kepada penduduk untuk berehat dan beriadah di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Isteri penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia Ilias tidak kisah dikritik namun menolak tohmahan berkaitan ejekan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidilharam di Mekah,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERUS – Jabatan Pelancongan Terengganu melepaskan sebanyak 1,270 ekor ikan inggu atau lebih dikenali sebagai nemo di...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BRENTFORD – Pengurus Brentford, Thomas Frank mengakui bahawa skuad kendaliannya menjadikan Lisandro Martinez sebagai sasaran utama ketika turun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications