Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Proton Wira Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel, Dileraikan Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja


Sejak tahun 2019 dan 2020 lalu, model kereta buatan tempatan Proton Wira berada di tempat paling teratas dalam  senarai 10 kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia dengan sebanyak 353 unit dilaporkan dicuri.

Terbaharu, seorang pemilik Proton Wira ‘berputih mata’ apabila keretanya yang hilang di PPR Batu Muda , Jalan Ipoh semalam, telah ditemui semula dalam keadaan komponen-komponen kereta sudah terlerai di hadapan sebuah rumah di Kampung Tandak, berhampiran Hospital Besut, Terengganu pada hari ini.

@aizatmohdnor kereta viral …..alhamdulilah jumpa balik walaupun barai….#fyp #fypage ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
@aizatmohdnor #ad alhamdulilah jumpa balik walaupun dah kecai…kereta viral… #fyp #fypage #fypシ゚viral ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Penemuan semula kereta tersebut turut dirakam dan dikongsikan di TikTok @aizatmohdnor, di dalam video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan enjin, tempat duduk, tayar dan komponen-komponen lain lagi telah dileraikan satu persatu sehingga tinggal rangka sahaja.

Insiden ini telah menarik perhatian ramai yang berang dengan tindakan pencuri itu yang sanggup membawa lari kereta dari Kuala Lumpur sehingga ke Terengganu semata-mata mahu meleraikan kereta itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Menurut pemilik Proton Wira terbabit, pencuri itu sememangnya sudah berpengalaman dan profesional kerana suspek dipercayai cuma mengambil masa 2 jam sahaja semasa melakukan kerja-kerja khianat ini.

Tambahnya lagi, pencuri itu lari meninggalkan dua orang anak apabila dia menyedari orang ramai telah menemui lokasi kereta curi terbabit yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, suspek sudah dikenal pasti dengan adanya gambarnya dan pemilik Proton Wira ini meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai insiden terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement