Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

PSG mahu lima pemain Real Madrid


PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan mahu ‘membalas dendam’ terhadap Real Madrid atas rancangan mereka memburu Kylian Mbappe dengan hasrat untuk mendapatkan tandatangannya secara percuma hujung musim ini.

Difahamkan, PSG sudah mempunyai senarai lima bintang Real bakal dibeli kelab terkaya Ligue 1 itu bagi menggantikan Mbappe yang hampir pasti berhijrah ke Santiago Bernabeu musim depan.

Ketua jurulatihnya, Luis Enrique telah mengenal pasti Vinicius Junior, Rodrygo Goes, Aurelien Tchouameni, Eduardo Camavinga dan Federico Valverde untuk dibawa masuk ke Parc des Princes selepas ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan di Perancis, Les Parisiens akan berusaha sedaya upaya untuk mengikat kontrak dengan Vinicius dan Rodrygo yang disebut-sebut sebagai dua pemain sayap terbaik dunia buat masa ini.

PSG juga merasakan Tchouameni, Camavinga dan Valverde mampu membentuk trio sempurna di bahagian tengah selepas kehilangan Marco Veratti yang berhijrah ke Qatar menyertai Al-Arabi baru-baru ini.

Ia pastinya tamparan besar buat pengendali Real, Carlo Ancelotti sekiranya situasi itu benar-benar berlaku memandangkan beliau masih lagi gagal mencari pengganti kepada Karim Benzema musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, PSG ketika ini menghuni tangga kedua dan berpeluang melonjak ke kedudukan teratas jika menang ke atas Nice pada aksi Ligue 1 awal pagi esok.

Bagaimanapun, PSG masih perlu menerima hakikat terpaksa mengharapkan magis Mbappe untuk mencatat kemenangan selepas gagal melakukannya dalam dua aksi awal liga ketika turun tanpa kapten Perancis itu. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications