Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Puasa Tapi Tidak Solat? Mufti Kongsi Pendapat Sheikh Yusuf al-Qaradhawi


Puasa Tapi Tidak Solat? Mufti Kongsi Pendapat Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Apabila bercakap mengenai solat, ramai yang tahu kepentingan dan hukum yang terkait dengannya. Solat fardhu adalah salah satu rukun Islam dan ia wajib dilakukan oleh setiap muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini.

Begitu juga dengan puasa, ia wajib ditunaikan sekiranya seseorang itu beragama Islam dan sudah akil baligh. Dua perkara itu merupakan perintah wajib yang datang daripada Allah kepada hambanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun sekiranya seseorang itu hanya melakukan salah satu sahaja seperti berpuasa di bulan Ramadan tetapi tidak menunaikan solat, apakah hukumnya?

Bagi mengetahui jawapan kepada persoalan itu, boleh ikuti perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang 

| KampungmamakcomKredit:  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?

 JAWAPAN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

            Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

            Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

            Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

            Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

            Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

            Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ

Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

(Surah al-Qamar: 53)

BACA: Hukum Ambil Suntikan Liraglutide Ketika Berpuasa, Batal Ke? Ini Jawapan Dr. Zulkifli

Firman-Nya lagi:

Advertisement. Scroll to continue reading.

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat  zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.”

(Surah al-Zalzalah: 7-8)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Riwayat Bukhari & Muslim

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement