Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Putri Qaseh Izwandy elak perangkap sensasi


BERGELAR artis tentu saja tidak dapat lari daripada kontroversi, terutama ketika ‘perangkap’ media sosial yang ada di mana-mana.

Bagi pelakon remaja Putri Qaseh Izwandy, meraih populariti pantas menerusi kisah sensasi bukan agenda peribadi, sebaik diberi lampu hijau menceburi arena seni.

Berbekalkan restu ibu bapa, fokus aktres berusia 15 tahun itu adalah menjaga nama baik keluarga serta mengelakkan diri daripada terpalit dengan cerita sensasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak begitu aktif dalam media sosial. Kebanyakan perkongsian dibuat berkaitan kerja sahaja. Kalau bertemu pelakon remaja lain pun saya anggap sebagai rakan satu industri.

“Kalau boleh, saya tidak mahu ambil tahu sangat tentang perihal orang lain. Bagi saya, tidak penting pun kontroversi kerana saya tiada isu.

“Cerita atau isu sensasi itu datang daripada kita sendiri. Jadi, saya tidak mahu cemarkan nama baik keluarga dan diri sendiri,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, dia menganggap trofi Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada 2021 permulaan baik buat dirinya.

Anugerah tersebut dianggap sebagai pembakar semangat untuk mencapai banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.

“Meskipun sudah menggenggam trofi, itu bukan penamat atau kemuncak kejayaan, namun permulaan langkah lebih gemilang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada usia muda ini, saya mahu capai banyak perkara kerana ada banyak ruang untuk memperbaiki dan pelajari banyak benda,” ujarnya.

BIARPUN sudah menggenggam trofi FFM31 Putri yang kioni muncul menerusi filem Walid masih bersungguh sungguh memperbaiki skil lakonannya

Bahagi masa

Mengalihkan topik perbualan, Putri yang sangat meminati aktres Maya Karin itu memaklumkan, dia kekal berada di sekolah harian biasa walaupun jadualnya agak padat.

Meskipun dibandingkan dengan pelakon lain yang hanya belajar di rumah secara home schooling, bintang filem Penunggang Agama itu mengakui selesa ke sekolah harian biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada juga dengar orang bandingkan saya dengan pelakon remaja lain. Terpulang kepada mereka sekiranya memilih untuk home school kerana saya selesa di sekolah harian biasa.

“Kalau tiada penggambaran pula, saya akan tetap ke sekolah macam biasa. Bila perlu cuti, saya akan hantar surat ke pihak sekolah.

“Tiada keistimewaan atau kelebihan pun memegang status sebagai pelakon. Saya pergi ke sekolah dan belajar sama seperti rakan-rakan lain,” tuturnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nashkah terbaharu

Putri yang merupakan antara barisan pelakon filem Walid arahan Areel Abu Bakar turut ‘terhibur’ dengan lakonan sendiri selepas menonton filem terbabit.

“Apabila sudah menyaksikan filem Walid, saya rasa sudah buat cukup baik untuk nashkah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kelakar juga tengok diri sendiri berlakon tetapi saya cuba juga cari kesalahan dan peluang untuk saya perbaiki.

“Sebagai pelakon, saya ada watak idaman. Namun, buat masa ini, saya akur sahaja dengan karakter yang ditawarkan,” tutupnya.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications