Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Qatar mara ke final, benam Iran 3-2


PETALING JAYA – Juara bertahan, Qatar mempamerkan semangat juang tinggi untuk mara ke pentas final Piala Asia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasukan di ranking ke-21, Iran 3-2  pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Al Thumama itu, skuad Team Melli dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit keempat menerusi ledakan penyerang kelab AS Roma, Sardar Azmoun.

Tersentak dengan gol tersebut, Qatar memperkemaskan jentera serangan dan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi penyudah Jassem Gaber Abdulsallam pada minit ke-17.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Skuad tuan rumah semakin ghairah dalam usaha memburu gol kedua apabila menggandakan asakan ke kubu Iran dan kini giliran Akram Afif mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-43.

Bersambung pada separuh masa kedua, Iran dilihat tampil lebih garang dalam menguasai perlawanaan dan tekanan yang dilakukan berhasil apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-51.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh kapten, Alireza Jahanbakhsh untuk menyamakan kedudukan 2-2 ketika perlawanan masih berbaki 40 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, kesilapan di benteng pertahanan memakan diri apabila penyerang sensasi tuan rumah, Almoez Ali meledak gol kemenangan pada minit ke-82 untuk memastikan penyokong pelawat tergamam.

Ketika memasuki masa kecederaan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Qatar mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk meraih jaringan keempat manakala rembatan Jahanbakhsh pula sekadar menggegarkan tiang gol.

Keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dengan Qatar bakal menentang Jordan pada aksi final yang bakal berlangsung, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement