Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Queenie pilih berguru di China


RATU lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni menjadikan China sebagai medan persediaan terakhir sebelum turun menghadapi Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September hingga 8 Oktober depan.

Queenie, 25, bersama jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid ketika ini giat melakukan latihan di Sekolah Sukan Sichuan, Chengdu dengan fokus utama untuk memperbaiki teknik lemparannya.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 52.77 meter (m) itu juga mengakui, pemilihan China sebagai venue latihan adalah bagi mengadaptasi dengan faktor cuaca yang sama seperti di Hangzhou.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Persediaan minggu pertama di sini berjalan dengan baik. Kami dapat kerjasama daripada pihak Sekolah Sukan Sichuan selain diberikan bimbingan jurulatih dan mentor di sini.

“Saya akan berada di sini sehingga Sukan Asia bermula. Selain adaptasi cuaca, saya juga boleh mendapatkan suasana latihan yang kompetitif dengan atlet-atlet China dan pada masa sama kurang gangguan.

“Fokus lebih kepada tingkatkan intensiti latihan kerana sasaran saya di Sukan Asia nanti adalah mencatat rekod baharu kebangsaan dan cuba menempatkan diri di ranking kelima terbaik Asia,” kata Queenie.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Realistiknya, peluang Queenie untuk cuba menaiki podium dilihat terlalu sukar tetapi tidak mustahil buat atlet dari Sarawak itu untuk muncul lima terbaik jika dapat memecahkan rekod kebangsaan miliknya.

Emas bagi acara itu dijangka menjadi milik bekas juara dunia tahun lalu dari China, Feng Bin yang meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary baru-baru ini menerusi catatan 68.20m.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications