Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rahsia Kek Tingkat Tak Tunggang-Langgang Ketika ‘Delivery’, Bekas Arkitek Kongsi Solusi


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kali beli kek di kedai, kita mesti rasa takut nak gerak lebih-lebih. Takkan kita nak bagi hasil penat lelah abang kakak baker yang sudah lukiskan aising cantik-cantik dekat atas kek kita ‘hilang’ begitu sahaja.

Ada yang berpendapat, “Alah, kek lawa-lawa macam mana pun, masuk dalam perut jugak.” Tak! Bayangkan anda mahukan sajikan sesuatu makanan pada hari istimewa anda, mesti anda mahukan semuanya indah-indah belaka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Masalah untuk membawa kek agar hiasannya tidak rosak boleh dikatakan sudah lama berlaku. Walau bagaimanapun, ada seorang penjual kek, yang dahulunya merupakan arkitek berkongsi cara bagaimana memastikan kek buatannya tidak tunggang terbalik.

Individu yang bernama Zuhair Shaid dikatakan mula menjual kek secara serius pada hujung 2018 secara sambilan. Bekas arkitek ini membuat pelbagai jenis kek dan antara yang lazim dibuatnya ialah kek perkahwinan.

Gambar: Twitter

Kebanyakan kek yang dibuatnya sangat tinggi dan sudah semestinya, proses penghantaran dan pengendaliannya boleh menyebabkan kita ‘termenung’ seketika. Sepotong kek dalam kotak kecil pun susah nak jaga, inikan pula kek yang memiliki ketinggian lebih daripada 50 cm.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan rasa seriau untuk memberikan tugasan sukar ini kepada orang lain, Zuhair membuat keputusan untuk menghantar hasil seninya itu sendiri kepada klien.

Terdapat satu pengalaman ketika beliau dalam perjalanan untuk menghantar kek buatannya di satu kawasan yang berbukit-bukau. Setelah sampai ke tempat acara, kek buatannya menjadi senget dan beliau terpaksa membetulkannya serta-merta. Walaupun hasil kerosakan tidak terlalu kritikal, pengalaman itu membuatkan dirinya murung seminggu.

Secara keseluruhan, kek tersebut dalam keadaan yang baik sahaja tetapi disebabkan dirinya diselubungi rasa bersalah, Zuhair memberitahu kliennya bahawa dia akan ‘belanja’ kek pada masa hadapan. Klien tersebut faham akan situasi tersebut dan gembira atas servis yang diberikan oleh beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

sampai satu masa tu aku hantar kek kawasan bukit, kek aku sampai event place dah senget. terpaksa aku betulkan on site. tak teruk sangat. tapi memang aku down seminggu. overall kek ok je. tp aku bersalah aku cakap next time nak kek bagitau aku belanja. customer pun faham+happy pic.twitter.com/tvjHhC1pk0

— زُهَيْر (@zhrshd91) September 15, 2022

Usaha untuk mengatasi masalah ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbalik pada 2019, Zuhair telah menghubungi seorang rakannya yang merupakan seorang tukang kayu di Flatpak. Rakannya yang dikenali sebagai Glo, telah membantunya untuk membuat satu papan kek yang dibuat khas. Hal ini berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi semasa proses penghantaran kek kepada klien.

Kredit: Twitter

Disebabkan semua barangan memiliki jisim, semua objek di dunia tidak dapat lari daripada impak inersia, iaitu kecenderungan sesuatu objek untuk mengekalkan keadaannya sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak. Disebabkan inersia, kek yang dibawanya akan mudah menggelongsor, terutamanya ketika kenderaan yang membawa kek itu berhenti.

Oleh itu, Zuhair memberikan bayangan bahawa papan keknya perlu lebih berat untuk memastikan ia tidak mudah bergerak dan kek perlu disambungkan sekali dengan papan kek supaya ia tidak menggelongsor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, terdapat satu cara yang digunakan di luar negara. Mereka menggunakan sejenis kotak kek yang direka khas untuk menghantar kek yang tinggi. Asalnya, Zuhair ingin membeli kotak ini tetapi beliau mendapati ia tidak efisien disebabkan pembeli harus memulangkan kotak kek itu semula, selain harganya mencecah RM1,000 ke RM2,000.

ada satu cara ni dekat oversea dia guna cake box khas yang direka untuk hantar kek yang tinggi. dia pegang kek bahagian atas supaya tak bergerak time deliver. terfikir nak beli tapi kurang efisien sebab lepas hantar kek kotak kena pulangkan balik. harga kotak ni cecah 1-2k. hehe pic.twitter.com/MEXW77ZIPz

— زُهَيْر (@zhrshd91) September 15, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Maka, Zuhair bersama rakannya, Glo membuat keputusan untuk mereka satu papan kek yang berat dan mampu elakkan kek daripada menggelongsor dan tumbang. Berikut merupakan perbincangan dan hasil kek tingkat yang dibuat oleh Zuhair dengan menggunakan papan kek Flatpak.

Gambar: TwitterKredit: TwitterKredit: TwitterKredit: Twitter

Setakat ini, kek-kek yang dihasilkan oleh beliau telah selamat sampai ke beberapa destinasi seperti Johor Bahru, Melaka, Seremban, Genting Highland, Bukit Tinggi dan lain-lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alah membeli menang memakai

Namun begitu, kos pembuatan kek akan meningkat sebanyak beberapa peratus disebabkan papan kek yang direka khas daripada papan lapis MDF berserta kos untuk memotongnya. Perkara ini juga tidak termasuk kos penghantaran yang tertakluk pada destinasi dan berat kek.

Walau bagaimanapun, Zuhair lebih rela membayar kos lebih sedikit demi memastikan hasil karyanya sampai ke klien dalam keadaan yang sempurna. Jika klien bertanya kenapa kek mahal, terangkan sahaja mengapa harganya menjadi sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

kos pembuatan kek akan meningkat beberapa peratus sebab custom cake board guna mdf plywood dengan kos nak potong. kos penghantaran yang berat lagi. tapi bila aku fikir balik, dari pening kek 10 tingkat tumbang baik kita bayar kos lebih sikit. kita happy client pun happy. pic.twitter.com/dIzkYC31Fn

— زُهَيْر (@zhrshd91) September 15, 2022

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biasanya, klien akan faham bahawa tindakan ini bersifat win – win situation, pihak klien puas hati kerana dapat kek yang sempurna dan pihaknya juga gembira kerana tidak perlu mengurangkan risiko semasa penghantaran.

Selepas penggunaan papan kek yang direka khas ini, peratusan masalah mengenai penghantaran keknya memang turun secara mendadak. Setakat ini, Zuhair mengatakan 99 peratus dan cuma ada sekali sahaja insiden kek tumbang dan kejadian tersebut berlaku disebabkan kecuaian runner.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai papan kek ataupun tertarik dengan rekaan kek Zuhair Shaid yang sangat menakjubkan, anda boleh menelusuri bebenang ciapan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

untuk baker2 yang mengalami masalah sama mcm aku boleh contact @glo_mij atau usha instagram : https://t.co/0UAtbLFhqk
sampai hari ni cake board aku guna dari flatpak.

— زُهَيْر (@zhrshd91) September 15, 2022

Sumber: @zhrshd91 via Twitter

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications