Hi, what are you looking for?

Mamak News

Raikan industri, artis kita masih selfish?


DALAM tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan akan datang, satu daripada segmen industri negara iaitu seni dan hiburan nampaknya sedang berlimpah dengan acara.

Tidak cukup dengan program televisyen yang bersaing sesama stesen dengan penerbitan program pertandingan demi pertandingan, puluhan konsert besar artis dalam dan luar menanti, teater, tidak ketinggalan juga penggambaran drama dan filem di serata negara.

Semua itu dianggap sebagai habuan setelah agak lama sebahagian mereka terjelepuk akibat kekangan pandemik. Inilah masa untuk semua pihak yang terlibat di setiap sayap seni dan hiburan, daripada setinggi-tinggi jawatan penganjur acara, pemilik stesen, artis panas atas suam-suam kuku sehinggalah kru am yang tukang gulung kabel di belakang tabir bekerja tanpa kekangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti segmen panas, Ada Lagu Ada Lagi dalam Gegar Vaganza (GV), untuk orang seni yang kebanyakan bertaraf ‘freelancer’, selagi ada ‘event’ selagi itulah ada ‘job’ untuk mereka cari makan.

Setiap orang ada bahagian yang harus dilaksanakan dan tidak timbul isu jika semua faham peranan, apa yang menyebalkan apabila ada dalam kalangan orang industri terutama artis yang terlibat dengan sebarang acara hanya mahu ikut kepala sendiri.

Dari kaca mata peminat atau dalam televisyen, sesebuah acara besar Anugerah Industri Muzik atau Minggu Fesyen Kuala Lumpur baru-baru ini contohnya semua nampak indah, tetapi di sebalik kerdipan glamor yang terlihat ada kerumitan seperti disengajakan di belakang tabir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Soal kedatangan tidak menepati masa itu biasa, namun tambah menyemakkan kepala apabila kena berdepan dengan artis yang ‘demand’.

Sudahlah datang berjemput di lobi beberapa minit sebelum kemunculan rasmi dalam program siaran langsung, habis sahaja giliran beraksi terus ‘hilang’ dengan macam-macam alasan.

Masalahnya, bukan seorang yang buat perangai. Kalau puluhan artis yang datang ke sesebuah acara cabut lari selepas penyampaian atau terima anugerah, mahu berkecah kepala pihak pengurusan acara, maka terjadilah kerusi ‘bernama’ tetapi kosong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyakit tidak hormat acara dalam kalangan selebriti kita, penyanyi atau pelakon masih berlaku dan bila-bila masa sahaja boleh ditemui, khususnya dalam acara besar yang ada ‘running order’.

Jika netizen hanya pandai menilai soal siapa artis yang selayaknya menang, ini pula realiti rungutan hasil onar pujaan-pujaan netizen di belakang pentas.

Terfikir juga, jika acara di sekitar Kuala Lumpur sahaja sudah mengundang masalah kehadiran melibatkan nama-nama popular, bagaimanalah nanti dengan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32 yang dijadualkan berlangsung di Melaka pada 2 Disember ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelaku muzik, karya fiksyen atau filem sama sahaja. Popular atau tidak, kalian tetap orang industri.

Jika bukan orang industri yang hormat industri sendiri, siapa lagi?


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications