Hi, what are you looking for?

Mamak News

Raja Charles III panas baran, kuat bekerja


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON: Monarki baharu Britain, Raja Charles III disifatkan sebagai seorang pemimpin yang ‘panas baran dan mempunyai etika kerja melampau’ sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan petugas istana.

Menurut seorang bekas petugas menerusi buku berjudul ‘Courtiers: The Hidden Power Behind the Crown‘, Charles ‘jarang menyasarkan kemarahannya terhadap seseorang’.

“Banyak perkara boleh mencetuskan kemarahannya, terutamanya media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Baginda merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mempunyai banyak idea dan stamina, selain kuat bekerja iaitu tujuh hari seminggu,” kata bekas petugas tersebut.

Disebabkan Charles merupakan raja yang ‘terlalu mendesak’, maka baginda juga mengharapkan sikap yang sama dalam kalangan pekerjanya.

Hal itu termasuk baginda boleh menghubungi petugasnya pada bila-bila masa, termasuk semasa perayaan Krismas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada bila-bila masa, baginda akan menghubungi petugasnya untuk bertanyakan sesuatu isu atau mahukan sesuatu.

“Keadaan itu sentiasa tegang kerana baginda sentiasa mahukan petugasnya bersedia setiap masa,” ujar bekas petugas berkenaan.

Selain itu, Charles juga tidak suka hanya bergantung kepada seorang penasihat dan sering mendapatkan idea menerusi sejumlah penasihat dari luar mengenai pelbagai perkara termasuk perubatan, perniagaan, pertanian organik, perumahan, kesenian Islam dan media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan itu menunjukkan Charles tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan satu sumber atau pendapat.

Sementara itu, buku tersebut turut menyentuh mengenai anak-anak Charles iaitu Putera William dan Putera Harry bersama isteri masing-masing.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Faizal Tahir menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan selebriti dan peminat selepas membantu seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kekreatifan seorang warga emas dalam menginovasikan mesin basuh terpakai menjadi sinki basuh pinggan raih pujian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan menambah bilangan pegawai penguat kuasa syariah di negeri itu...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic ‘menegur’ pengendali Kanada, John Herdman agar dapat mempelajari sesuatu selepas pasukan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications