Hi, what are you looking for?

Mamak News

Rakaman ‘dashcam’ langgar motosikal tular, pemandu Honda HR-V disaman


PETALING JAYA – Selepas tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial, pemandu kereta Honda jenis HR-V akhirnya disaman pihak polis kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, di sini pada 3 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan klip video berdurasi dua minit sembilan saat berkenaan, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha sekitar pukul 7.10 pagi.

“Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tindakan saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan kenderaan SUV terbabit atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications