Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Rakyat Korea Utara Didakwa Diperintah Tukar Nama Yang Lebih Realistik


Rakyat di Korea Utara dilapor diperintah oleh kerajaan untuk tukar nama masing-masing bagi mewujudkan makna yang lebih realistik, lapor Radio Free Asia (RFA).

Merujuk laporan RFA, nama-nama yang mempunyai maksud seperti ‘kecantikan’ atau ‘tersayang’ perlu ditukar dengan nama yang bermaksud ‘kesetiaan’ atau ‘bom’.

Seorang sumber berkata penggunaan nama (bervariasi) telah berkembang sejak awal 2000-an apabila orang ramai mula mengetahui tentang dunia luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa lalu, penduduk di Korea Utara digalakkan untuk memberikan nama patriotik kepada kanak-kanak yang mempunyai makna ideologi atau ketenteraan.

Bagaimanapun, apabila negara tersebut semakin terbuka kepada dunia luar, rakyat memilih nama yang lebih lembut untuk anak-anak mereka.

Memetik RFA, nama-nama seperti A Ri (kekasih), Su Mi (kecantikan), dan So Ra (cengkerang kerang), telah popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, kerajaan tidak kagum dengan nama semasa dan memaksa rakyatnya untuk menukar nama yang lebih bersifat revolusi.

Salah seorang penduduk di Korea Utara memaklumkan RFA bahawa rakyat di dalam negara tersebut berasa kecewa.

Menurutnya penduduk mengadu bahawa pihak berkuasa memaksa orang ramai menukar nama mengikut piawaian yang dikehendaki kerajaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar hiasan: Thaiger

“Penduduk mengadu bahawa kerajaan memaksa orang awam untuk menukar nama mereka seperti yang ditetapkan.

“Sejak bulan lepas, beberapa notis sudah diedarkan kepada mesyuarat unit kejiranan (penduduk) untuk mereka membetulkan semula nama-nama tanpa konsonan akhir.

“Orang awam yang namanya tiada konsonan akhir diberi masa untuk mengubahnya sebelum hujung tahun ini dengan menambahkan elemen politik pada nama bagi seiring dengan piawaian revolusi,” kata sumber itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan penduduk yang menukar nama tidak akan dianggap sebagai ‘anti-sosialis’, tetapi ramai ibu bapa enggan dan mempersoalkan sama ada mereka perlu menukar nama anak-anak mereka untuk mencerminkan era kebuluran dan penindasan semasa.

Dalam pada itu, satu lagi sumber menyuarakan hak penduduk dengan mengatakan bahawa jika perbuatan bertelanjang dan kelaparan adalah sifat sosialisme sejati, mereka benar-benar menentangnya.

“Bagaimanakah manusia tidak dibenarkan menamakan diri mereka sendiri? Adakah kita sebenarnya bahagian mekanikal atau ternakan?” luah sumber itu yang dipercayai tidak bersetuju dengan dasar sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Radio Free Asia / Thaiger

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s BIARPUN menjadi mangsa kecaman ramai selepas berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama, pengikut Instagram pempengaruh, Marissa Dania Hakim naik mendadak. Berdasarkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lebih baik tanya Norman sendiri.” Demikian jawapan diberikan bapa tiri kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 19, iaitu Muhammad Faizal Zakaria...

Sukan

3s DOHA – Pasukan Jordan terus mencipta sejarah apabila mara ke pentas final Piala Asia buat kali pertama apabila menewaskan negara pilihan, Korea Selatan...

Advertisement