Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Rakyat Malaysia, India paling banyak melancong ke Thailand tahun ini


BANGKOK: Kerajaan Thailand berterima kasih kepada pelancong dari Malaysia dan India kerana kemasukan mereka ke negara ini menyaksikan Thailand semakin hampir melepasi sasaran kemasukan 10 juta pelancong menjelang hujung tahun ini.

Thailand menerima lebih sejuta pelancong dari Malaysia dan hampir 600,000 dari India sepanjang tahun ini.

Sebelum pandemik Covid-19, pelancong China merupakan ketibaan asing paling tinggi di negara ini, namun keadaan itu berubah selepas Beijing melaksanakan polisi sifar Covid-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) baru-baru ini mendedahkan seramai 7.56 juta pelancong tiba di negara ini antara 1 Januari sehingga 26 Oktober tahun ini.

TAT menyasarkan kemasukan 10 juta pelancong asing menjelang hujung tahun ini.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri menyatakan, Thailand dijangka menyambut ketibaan 1.5 juta pelancong asing pada November dan Disember ini, dengan kebanyakannya dari Malaysia dan India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih seorang daripada tujuh pelancong yang tiba di Thailand adalah dari Malaysia.

Menurut Anucha, penerbangan dari India dan Malaysia ke Thailand pada November serta Disember sudah melebih 80 peratus ditempah.

Namun, jumlah sasaran kemasukan pelancong itu jauh lebih rendah berbanding tempoh sama direkodkan semasa sebelum pandemik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasa 2019, Thailand menerima kemasukan lebih 40 juta pelancong asing.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement