Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Ranking Harimau Malaya jatuh ke-132 dunia


PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bulan lepas.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kedudukan terkini berbanding No. 130 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Skuad kebangsaan meraih 1110.17 mata ketika ini selepas merekodkan dua kekalahan kepada Jordan dan Bahrain sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Thailand mencipta kejutan apabila meraih status No. 1 dengan meraih 1206.72 mata di kedudukan ke-101 manakala Vietnam ke-105 (1194.58 mata)

Malaysia kekal menjadi negara ketiga terbaik rantau ini disusuli Filipina di ranking ke-139 (1086.17 mata) dan negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-142 (1072.66 mata).

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menjalani kem latihan pusat dalam masa terdekat sebagai persiapan mengharungi dua perlawanan kelayakan menentang Oman pada bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement