Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Rapid Bus, DBKL Kerjasama Lancarkan Perjalanan Bas


Rapid Bus, DBKL Kerjasama Lancarkan Perjalanan Bas

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) mendapat sokongan dan kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melancarkan perjalanan bas perantara yang menyokong perkhidmatan alternatif LRT laluan Ampang.

Rapid Bus dalam kenyataan hari ini memaklumkan sokongan yang diaktifkan bermula waktu puncak petang ini, adalah hasil perbincangan dalam usaha membantu melancarkan perjalanan bas perantara laluan berkenaan terutamanya di antara stesen LRT Hang Tuah dan stesen LRT Bandaraya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sokongan diberikan adalah laluan bas khusus di waktu puncak. Pihak DBKL bersetuju untuk meletakkan kon di laluan lorong paling kiri di Jalan Raja Laut untuk kegunaan bas perantara LRT,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sokongan lain ialah kebenaran untuk melalui jalan yang ditutup semasa waktu puncak, dengan DBKL bersetuju untuk hanya membenarkan bas kendalian Rapid KL melalui Jalan Tun Perak sekiranya jalan tersebut ditutup kepada lalu lintas ketika waktu puncak.

Menurut kenyataan itu lagi DBKL juga bersetuju menempatkan penguat kuasa di lampu isyarat Jalan Tun Perak dan Bulatan Dato’ Onn dengan sokongan anggota Polis Bantuan Prasarana di lokasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, DBKL turut membenarkan pemasangan khemah di stesen LRT yang terjejas bagi kemudahan dan keselesaan pengguna.

“Rapid Bus ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan tambahan yang diberikan pihak DBKL bagi kemudahan dan keselesaan pengguna yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara stesen LRT Masjid Jamek dan stesen LRT Bandaraya,” menurut kenyataan itu.

BACA: Pembaikan Jajaran LRT Laluan Ampang Dijangka Selesai Dalam Dua Minggu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement