Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo


Buah ucong, belimbing hutan, Tampoi Belimbing adalah buah yang eksotik di Borneo dan isinya seakan manggis

Rasa Isinya Seperti Manggis, Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo. Siapa dekat sini gemar sangat makan buah manggis? Isinya yang putih, manis-manis masam sungguh nikmat, bukan? Tapi, tahukah kita bahawa di Borneo terutamanya di Sarawak dan Sabah, terdapat satu buah yang rasa isinya seakan seperti buah manggis?

Buah yang dikenali sebagai buah ucong atau buah belimbing hutan atau nama saintifiknya Baccaurea angulata adalah buah eksotik yang hanya ada d Borneo. Buah ucong atau ada juga yang memanggilnya sebagai Tampoi Belimbing bukan sahaja isinya yang seakan isi buah manggis, namun, kulitnya juga seakan buah belimbing.

| Kampungmamakcom Rasa Isinya Seperti Manggis Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Rasa Isinya Seperti Manggis Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo Sumber gambar<a href=httpsfazlisyamcombelimbing hutan target= blank rel=nofollow noopener> fazlisyam blog<a>

Kulitnya serupa belimbing, agak sedikit tebal namun boleh dijadikan jeruk, tau

Kulitnya yang seakan buah belimbing menjadikan ianya dikenali sebagai belimbing hutan. Walaupun kulitnya agak sedikit tebal, namun di Sarawak, masyarakat selalunya menjadikan kulit buah ucong ini sebagai jeruk.

Bukan sahaja isi, malah kulitnya pun bermanfaat. Walaupun buah ucong ini boleh dikategorikan sebagai buah yang bermusim, namun untuk orang Sarawak dan Sabah, musim buah ini juga sangat ditunggu-tunggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakan tidak, buah ucong ini mengandungi khasiatnya yang pelbagai seperti serat, vitamin C, potassium, mangnesium dan kalsium yang tinggi.

| Kampungmamakcom Rasa Isinya Seperti Manggis Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo
Rasa Isinya Seperti Manggis Kenali Buah Ucong Buah Eksotik Di Borneo Sumber gambar <a href=httpsspecialtyproducecomproduceBelimbing Hutan 15821php target= blank rel=nofollow noopener>SPECIALTY PRODUCE<a>

Difahamkan, di Semenanjung, pokok buah ucong ini hanya ditanam di SPK Hulu Paka Terengganu sebagai simpanan sumber genetik sahaja. Jadi, kalau melancong ke Sarawak mahupun ke Sabah, jika melancong pada musimnya sememangnya beruntung untuk menikmati kelazatan buah ucong ini.

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh menzahirkan rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak...

Hiburan

3s SARAT nostalgia. Itulah gambaran nuansa konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity apabila Zepp Kuala Lumpur berkumandang dengan deretan lagu malar segar...

Sukan

3s LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain negara terakhir yang berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ketika melakukannya...

Advertisement