Hi, what are you looking for?

Kesihatan

Rasa Jantung Berdegup Kencang Ketika Bangun Tidur? Mungkin Tanda Diabetes Atau 4 Sebab Ini


Tidak dinafikan, mimpi ngeri boleh membuatkan jantung kita berdegup dengan kencang.

Masalah ini bukanlah sesuatu yang serius jika ia jarang berlaku. Malah, ia juga merupakan satu pengalaman biasa yang dialami oleh semua orang tidak kira peringkat umur.

Walaupun mimpi ngeri merupakan sesuatu yang biasa, namun mimpi ngeri yang terlalu kerap merupakan satu masalah kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika masalah ini kerap berlaku, ia boleh menyebabkan kita rasa tertekan dan susah tidur malam. Pada waktu siang pula, kita akan rasa mengantuk dan sukar untuk fokus ketika bekerja.

Mimpi ngeri boleh menyebabkan individu tersebut rasa takut untuk tidur. Malah, kita juga mungkin akan takut untuk tidur dan bangun pula dengan jantung berdegup kencang.

Jika anda mengalami masalah ini, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. Apnea tidur juga punca jantung berdegup kencang

Apnea tidur merupakan satu kondisi yang mengganggu pernafasan seseorang ketika tidur.

Individu yang menghidap apnea tidur sukar untuk tidur malam kerana pernafasan yang tersekat. Malah, mereka juga sering terbangun kerana terkejut.

Selain itu, antara simptom lain apnea tidur yang perlu diperhatikan ialah:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Dengkuran yang sangat kuat.
  2. Bangun tidur secara tiba-tiba dengan nafas yang tercungap-cungap.
  3. Mulut kering.
  4. Rasa tidak cukup tidur pada keesokan hari.

Masalah apnea tidur memerlukan rawatan dan intervensi daripada pakar. Jika tidak, pesakit akan rasa lemah, tidak sihat dan mungkin tertekan kerana tidak cukup tidur.

5. Diabetes

Gambar hiasan via HelloDoktor

Siapa sangka kencing manis boleh menyebabkan jantung berdegup laju? Pesakit kencing manis akan mengalami penurunan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan jantung berdegup kencang.

Kadar gula yang rendah juga boleh menyebabkan keletihan, kelaparan dan juga rasa mual. Bagi pesakit diabetes, masalah palpitasi boleh diatasi dengan cara menjaga pemakanan dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Elakkan masalah jantung berdegup kencang

Jika anda bangun pagi dengan jantung yang berdegup laju, ikuti langkah ini untuk mengembalikan degupan jantung anda kepada paras yang normal.

  1. Jangan panik. Ia hanya akan membuatkan masalah palpitasi anda menjadi semakin teruk.
  2. Tarik nafas dan cuba untuk relaks sehinggalah degupan jantung anda kembali normal.
  3. Basuh muka dengan air sejuk untuk meredakan palpitasi. Sensasi yang dirasai ketika muka dibasahi dengan air sejuk amat menenangkan dan boleh membantu meredakan rasa gelisah.

Walau bagaimanapun, langkah terbaik untuk mengelakkan masalah palpitasi adalah dengan mengubah gaya hidup dan menjaga diet.

Jika semua langkah yang diambil tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan pendapat daripada doktor.

Doktor boleh memastikan simptom yang anda alami bukanlah disebabkan penyakit yang tersembunyi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HelloDoktor

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications