Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Rashford mampu gegar gawang Forest


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag melaungkan keyakinan Marcus Rashford hanya menanti masa untuk menamatkan penantiannya menjaringkan gol selepas gagal melakukanya dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rashford, 26, baru meledak dua gol dalam 18 aksi EPL musim ini dengan kali terakhir sewaktu menewaskan Everton 3-0 di Goodison Park pada 26 November lalu.

Namun, aksi terakhirnya ketika menentang Aston Villa me­nyaksikan bintang England itu berjaya mencipta satu gerakan jaringan, sekali gus memberi petanda dia semakin hampir mendapatkan sentuhan terbaik­nya tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak mustahil Rashford berpeluang melakukannya apabila The Red Devils turun menentang Nottingham Forest di City Ground awal pagi esok.

“Dia bermain dengan sangat baik, tetapi nasibnya tidak baik kerana mengalami demam sebelum ini. Ada ketikanya juga kami terpaksa menggunakan (Alejandro) Garnacho di sebelah kiri dan dia mengambil kesempatan itu dengan sangat bagus.

“Namun, Rashford telah membuktikan dia bukan sahaja mampu menjadi ancaman utama, tetapi turut berjaya mencipta gerakan gol kepada rakan sepasukan lain. Saya percaya situasi ini amat menguntungkan pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin saya akan letakkan Garnacho di sebelah kiri dan Rashford kanan. Saya tahu Rashford juga berkeupayaan untuk meledak gol apabila beraksi di posisi kanan,” kata Ten Hag.

Biarpun Rashford dikeluarkan pada minit ke-80 ketika menentang Villa, tetapi ia disebabkan kepenatan, bukannya masalah kecederaan yang boleh menjejaskan peluang turun menentang Forest.

Bagaimanapun, United tidak boleh memandang rendah kemampuan Forest yang mencipta kejutan menewaskan Newcastle United 3-1 menerusi ledakan hatrik penye­rang New Zealand, Chris Wood. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement