Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Rasuah RM28.2 juta: SPRM terima laporan salah laku, rasuah babit pengurusan tertinggi SC


PETALING JAYA: Satu laporan berhubung salah laku dan jenayah rasuah oleh pengurusan tertinggi Suruhanjaya Sekuriti (SC) serta Ahli Lembaga Pengarahnya telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Laporan berkenaan dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kira-kira pukul 4.30 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menerusi laporan berkenaan yang dibuat empat anak muda mewakili rakyat Malaysia prihatin mendakwa mempunyai bukti kukuh dan tidak menafikan salah laku ini turut membabitkan ahli politik yang berjawatan penting dalam kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wakilnya, Syahmi Rosli berkata, beliau mahu tindakan siasatan perlu disegerakan oleh pihak SPRM kerana banyak syarikat-syarikat di negara ini menjadi mangsa termasuk juga orang awam.

“Saya mahu SPRM segera menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu integriti dan imej SC tercalar kerana isu integriti dan jenayah rasuah seperti ini,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, sebanyak tiga kes akan dirujuk iaitu kes pertama melibatkan anak membabitkan pengurusan tertinggi SC yang turut mendapat jawatan tertinggi di dalam syarikat yang disiasat oleh SC dimana siasatan tersebut ditutup oleh SC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain kata beliau, bagi kes kedua melibatkan konflik kepentingan ahli lembaga pengarah SC membabitkan saham bernilai RM28.2 juta yang mana ahli lembaga pengarah tersebut memiliki kepentingan di dalam syarikat yang mempunyai hubungan kerja dengan SC.

“Kes ketiga pula melibatkan pegawai-pegawai tinggi SC yang menerima rasuah sebagai balasan menutup kes siasatan SC ke atas syarikat awam yang melakukan kesalahan insider trading.

“Kami adalah rakyat prihatin yang ingin memastikan agensi-agensi kerajaan bersih dan tidak digunakan untuk tujuan peribadi dan terlibat dengan rasuah,” jelasnya. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bukti dakwaan berkenaan, Syahmi berkata, segalam bukti-bukti berkaitan kes itu hanya akan didedahkan kepada SPRM sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement