Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ratu Cantik Malaysia Raih Gelaran Miss Globe 2023


Miss Globe 2023

Ratu Cantik Malaysia Raih Gelaran Miss Globe 2023

Wakil ratu cantik Malaysia, Manvin Khera dinobatkan sebagai juara bagi Miss Globe ke-20 mengatasi 52 ratu cantik dari negara lain, lapor Astro Gempak.

Manvin yang baru berusia 22 juga turut dinobatkan sebagai Miss Talent dalam pertandingan yang berlangsung di Albania pada malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berjaya mengenepikan wakil dari Sepanyol, Katia Agbodo Rodriguez dan Filipina, Anna Valencia Lakrini yang masing-masing mengisi kedudukan kedua dan ketiga.

Bagi tempat keempat dan kelima pula, ia menjadi milik wakil dari Nigeria, Duru Esther Chidera dan Amerika Syarikat, Kristin Yvonne Bang.

“Anda semua sangat baik dan saya hilang kata-kata apabila diumumkan sebagai pemenang. Saya sangat gembira untuk berada di sini dan tidak menjangkakan sama sekali akan muncul sebagai juara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sudah tentu saya tidak pernah merasa ragu-ragu dan sentiasa yakin dengan diri sendiri. Saya percaya kekalahan tidak akan mematahkan semangat untuk kita terus berusaha dan maju ke hadapan.

“Saya percaya pada diri sendiri, dan berikan yang terbaik. Saya berbangga dapat mewakili negara saya Malaysia dan sekarang akan mewakili Organisasi Miss Globe. Saya akan menggunakan platform ini untuk menyampaikan suara dan cinta saya kepada dunia,” katanya menerusi temu bual bersama wakil media usai kejuaraannya. 

Untuk makluman, pertandingan ratu cantik Miss Globe ini perlu melalui beberapa cabaran mini bagi menempatkan diri di Top 15 dan Top 5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manvin dikatakan berjaya memikat hati juri sejak awal pertandingan lagi menerusi acara swimsuit, talent dan head to head challenge.

Dalam acara kemuncak pada awal pagi tadi, Manvin dengan tenang berjaya menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh juri dalam sesi Q&A.

Soalan yang diberikan juri kepada Manvin adalah; “Apakah pelajaran dari usia kanak-kanak yang kamu pelajari memberikan impak kepada hidup kamu?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

 “Hidup setiap orang akan terus berkembang dan saya belajar daripada kesilapan saya serta kegagalan. Saya percaya kegagalan itu kunci kejayaan.

“Ketika kanak-kanak, apabila berdepan dengan kegagalan, saya akan berpesan pada diri sendiri ‘Manvin kamu perlu bangkit lebih kuat. Apabila kamu bangkit, kamu akan jadi lebih hebat dan tiada tandingan’.”

Mereka yang lantang menyuarakan isu peranan wanita sering dinobatkan sebagai juara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak 2004, pertandingan ratu cantik Miss Globe sering kali mengangkat wakil-wakil yang sering dan lantang menyuarakan isu peranan wanita dalam dunia sejagat.

Pusingan akhir pertandingan Miss Globe 2023 pada awal pagi tadi telah berlangsung di Ramazan Njala Sports Palace di Durres, Albania.

Acara tahunan itu telah disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube DeliAer Associations.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di bawah adalah senarai anugerah yang dipertandingkan dan dimenangi oleh wakil negara yang bertanding.

Juara cabaran Head-to-Head: South Africa 

Miss Friendship: Hawaii 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Best in National Costume: Taiwan 

Miss Bikini: Brazil

Miss Talent: Malaysia 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Miss Social Media: Japan 

Miss Fashion: Albania 

Miss Eleganza: Czech Republic 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Miss Photogenic: Laos 

Miss People’s Choice: Jamaica 

Miss Golden Girl: Belgium 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Miss Tourism: Germany 

Miss Dreamgirl: North Macedonia

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Gempak

The post Ratu Cantik Malaysia Raih Gelaran Miss Globe 2023 appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications