Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ratusan rakyat Libya dikebumi dalam kubur besar


TRIPOLI: Ratusan penduduk Libya dikebumikan dalam satu kubur besar selepas negara itu dilanda banjir terburuk yang menenggelamkan hampir satu perempat kawasan di negara itu.

BAGAI DIPUKUL TSUNAMI

Anggota kecemasan menemukan lebih 1,500 mayat di Derna di timur Libya selepas bandar itu dilanda bencana iklim yang disifatkan terburuk sepanjang tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hujan lebat akibat Taufan Daniel ditambah dengan masalah  empangan pecah membawa air banjir yang amat besar dan menghanyutkan ratusan kawasan kejiranan, bangunan serta penduduk ke laut sekelip mata.

“Saya sangat terkejut dengan apa yang saya lihat, kami seperti dipukul tsunami.

“Apabila air sungai itu melimpahi tebingnya, arus deras membawa semua bangunan dan keluarga yang berada di dalam bersamanya. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami dapat mendengar suara menjerit meminta tolong dari bangunan dan rumah-rumah yang hanyut itu. Keadaannya benar-benar mengerikan,” kata penduduk di timur Libya, Hisham Chkiouat.

Pegawai berkata, lebih daripada 10,000 orang masih hilang dan  jumlah kematian kini melebihi 5,000 orang.

Rakaman video menunjukkan berpuluh-puluh mayat ditutupi selimut di pekarangan sebuah hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu lagi imej menyaksikan pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk menggali kubur besar mengebumikan timbunan mayat.

Ramai penduduk kini mengharapkan bantuan antarabangsa selepas lebih 30,000 kehilangan tempat tinggal.

BANTUAN TIBA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bantuan luar dilaporkan mula sampai ke Derna semalam lebih 36 jam selepas bencana itu berlaku. 

Kelewatan berlaku selepas banjir besar memusnahkan banyak jalan masuk dan keluar ke bandar pesisir pantai dengan kira-kira 89,000 orang itu.

Amerika Syarikat (AS), Jerman, Iran, Itali, Qatar dan Turkiye antara negara yang menyatakan kesediaan untuk menghantar bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha menyelamat bagaimanpun dilaporkan terganggu akibat situasi politik di Libya, dengan negara itu berpecah antara dua kerajaan yang bersaing.

Timbalan Datuk Bandar Derna, Ahmed Madroud, memberitahu Al Jazeera, sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bandar itu musnah dan hampir lenyap dipukul arus deras.

Beliau berkata, infrastruktur yang lemah di bandar itu dan pembinaan banyak bangunan berkelompok di jalan sempit yang terletak berhampiran dengan sungai menjadi antara punca utama kemusnahan besar yang berlaku.-AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Sukan

0 BUKIT MERTAJAM – Pelumba Giant Cycling Team, Deng Penghai tetap meneruskan perjuangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 Peringkat 4 dari...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications