Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ratusan sertai protes bantah kerajaan bekal senjata kepada Israel


AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah tindakan kerajaan yang membekalkan senjata kepada Israel.

Lapor Agensi Anadolu, demonstrasi solidariti bersama Palestin yang bermula di lapangan terbang, diteruskan di luar walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

Penunjuk perasaan juga menyuarakan bantahan terhadap ahli politik di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong tindakan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sambil membawa bendera Palestin, penunjuk perasaan juga melaungkan beberapa slogan termasuk `Palestin akan bebas’ selain menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.

Seorang penduduk Belanda bernama Max van den Berg, 31, menggesa rejim Israel menghentikan segera pengeboman ke atas Gaza.

“Sudah tentu tiada keamanan tanpa keadilan. Oleh itu, pembunuhan beramai-ramai dan pendudukan Israel harus ditamatkan segera,” katanya yang menentang sokongan kerajaan Belanda terhadap Te Aviv.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Philip Block menuduh kerajaan bersubahat dalam jenayah dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza.

Justeru, Block menggesa ahli politik Belanda berhenti membekalkan senjata ke Israel, selain turut meminta pegawai kerajaan menyertai gesaan pelaksanaan gencatan senjata.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan mengejut kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan data pihak berkuasa Gaza, sekurang-kurangnya 11,320 penduduk Palestin terbunuh.

Jumlah itu termasuk hampir 7,800 wanita dan kanak-kanak yang maut, manakala lebih 29,200 lagi cedera.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications