Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

‘Real Betul Hologram’- Kemunculan Semula Mendiang Lim Yoon Taek Buat Netizen Sebak


Baru-baru ini tular di media sosial video ‘kemunculan’ mendiang Lim Yoon Taek yang telah meninggal dunia 9 tahun lalu dalam bentuk hologram di program ALIVE pada Januari 2022.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Lim Yoon Taek seakan nyata dan hadir di acara tersebut walaupun menyanyi dalam bentuk hologram. Malah, Lim Yoon Taek muncul di pertengahan lagu menyanyikan lagu ‘Western Sky’ oleh Lee Seoung Cheol bersama ahli kumpulannya Ulala Session di atas pentas.

Lantaran itu, jelas terlihat di wajah keluarga Lim Yoon Taek yang tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sejurus melihat hologram susuk tubuh Lim Yoon Taek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesedihan tersebut turut dirasai oleh ahli kumpulan Ulala Session yang lain kerana akhirnya dapat ‘bersatu semula’ bersama ketua mereka di atas pentas walaupun hanya dalam bentuk hologram.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen terkejut kerana hologram tersebut kelihatan ‘real’ dan juga berasa sebak melihat kemunculan Lim Yoon Taek.

| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Malah, para netizen turut tidak dapat membayangkan perasaan keluarga Lim Yoon Taek saat melihat mendiang muncul, pasti mereka berasa rindu dan berharap ianya benar. Rata-rata netizen turut berasa kagum dengan teknologi tersebut kerana hologram itu kelihatan nyata.

Untuk pengetahuan anda, Lim Yoon Taek telah berkahwin dengan kekasih hatinya, Lee Hye Rim pada 7 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Lidan pada Oktober 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lim Yoon Taek disahkan meninggal dunia pada 11 Februari 2012 akibat kanser perut tahap empat. Mendiang telah berjuang melawan kanser cukup lama sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.” Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya,...

Advertisement