Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Real Madrid sambar genius bola sepak £52.5 juta


LONDON – Real Madrid mengambil langkah berani apabila sanggup melakukan pelaburan sebanyak £52.5 juta (RM247.27 juta) semata-mata mahu mendapatkan pemain remaja Brazil yang akan berusia 18 tahun pada Julai tahun depan.

Menariknya, Endrick Felipe Moreira de Sousa atau panggilan Endrick hanya bermain tujuh perlawanan bersama Palmeiras pada Disember tahun lalu, namun Real Madrid bersetuju melengkapkan perpindahan pemain berkenaan.

Bintang Endrick meningkat naik apabila dia menjaringkan sejumlah 165 gol dalam 169 perlawanan untuk pasukan remaja Palmeiras.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum Real mengetuk pintu Palmeiras, Endrick secara jelas menolak tawaran Chelsea dan Paris Saint-Germain kerana dia mahu menyertai rakan senegaranya iaitu Vinicius Jnr dan Rodrygo di Madrid.

Pada usia 17 tahun dan 118 hari, Endrick dijangka membuat penampilan sulung bersama Brazil pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Colombia. Hanya Pele dan dua bintang 60-an, Edu dan Coutinho, lebih muda.

“Ia sentiasa menjadi impian utama untuk memakai jersi Brazil. Segala perkara berlaku dengan cepat dalam hidup saya ketika ini dan ini adalah satu lagi impian yang menjadi kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya hanya boleh berterima kasih kepada keluarga, ejen dan Palmeiras yang sentiasa menyokong dan mempercayai diri saya,” kata Endrick kepada Mail Sport.

Endrick menambah, sememangnya impian dia sejak kecil telah menyematkan di dalam hati agar sentiasa memiliki peluang bermain untuk Real Madrid.

Cristiano Ronaldo adalah salah satu idola terbesar saya. Jadi, ia adalah satu kebanggaan untuk saya akan memakai baju yang sama yang dipakainya,” kata Endrick penuh bangga. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications