Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Redah Banjir Hantar Makanan, Nyaris Hanyut Kerana Arus Kuat


Redah Banjir Hantar Makanan, Nyaris Hanyut Kerana Arus Kuat

Bencana banjir di Segamat kali ini dilaporkan sangat teruk, menyamai bencana yang pernah melanda kawasan itu pada 2006. Paras air naik hingga menyamai paras bumbung dan selain arus air yang sangat deras.

Situasi berkenaan sudah tentu menyukarkan pergerakan mangsa banjir, misalnya untuk berpindah ke lokasi selamat atau mendapatkan sumber makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, ada segelintir pihak yang sanggup berkorban ketika masyarakat sekeliling dilanda kesusahan. Kemurnian jiwa individu yang berhati mulia ini adakalanya lebih memilih untuk mengutamakan orang sekeliling berbanding diri sendiri.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok (@zurainiswarno), seorang dirakam sanggup meredah arus deras banjir demi memastikan bekalan makanan dapat dihantar kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS.

Hanya berbekal tali yang diikat pada objek pegun, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Abang Salleh dilihat memegang beberapa plastik berisi makanan sambil berpaut pada tali tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, dengan paras air mencecah ke pinggang dan arus deras, pergerakan Abang Salleh dilihat sedikit terbatas. Namun, dia tetap menggagahkan diri bergerak dengan perlahan-lahan agar makanan yang dibawanya dapat dihantar.

Nyaris hanyut ketika redah banjir nak hantar makanan 

Ketika itu, orang ramai juga kelihatan berada di kawasan sekeliling, memerhati usaha Abang Salleh dengan penuh debar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@zurainiswarno

Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat 😭 Allaahhuuu 😭 #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim🔴🔵

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Unsung Hero Abang Salleh. Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan dekat arus tersebut untuk bagi bantuan makanan orang-orang di PPS. Dari paras betis sampai dah paras pinggang. Arus kuat sangat,” tulis kapsyen video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang Salleh nyaris dibawa arus banjir selepas gagal menghantar makanan kepada mangsa banjir di PPS

Video tersebut telah dikomen oleh akaun TikTok milik anak Abang Salleh, (@zlhairieeee). Dia merasa tidak senang duduk apabila melihat bapanya bertarung nyawa dalam air banjir tersebut.

Anak lelakinya turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan bapanya yang sedang bergelut dengan air banjir. Dalam video tersebut, Abang Salleh cuba naik ke tempat tinggi dipercayai selepas cubaan penghantaran makanannya gagal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika dia cuba untuk berpaut pada tempat yang tinggi, arus air banjir menjadi sangat deras menyebabkan dia gagal berpaut pada tebing.

Abang Salleh nyaris dibawa arus yang sangat deras, mujurlah dia bernasib baik kerana sempat berpaut pada tali yang diikat sebelum ini.

Situasi tersebut sangat cemas kerana badan Abang Salleh kelihatan terumbang ambing ketika dirinya berpaut pada tali tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@zlhairieeee

Replying to @zlhairieeee sayu hati tengok bapak sendiri sanggup berkorban untuk mangsa yang kelaparan😭 minta hantarkan bantuan😭 air deras sangat😭

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Sayu hati tengok bapa sendiri sanggup berkorban untuk mangsa yang kelaparan,” kapsyen video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, anak lelakinya memaklumkan hujan sudah berhenti dan air mulai surut beberapa jam kemudian. Bapanya pula berada dalam keadaan yang baik.

“Alhamdulillah, hujan dah berhenti, air dah surut dan ayah saya okay. Terima kasih pada yang mendoakan.” tulis anaknya menerusi ruangan komen.

BACA: Teruk Macam 2006, Video Semasa Banjir Di Segamat Viral Di FB

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: zurainiswarno & zlhairieeee via TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Sukan

0 PUTRAJAYA  – Kejohanan Triatlon Piala Asia (ATC) yang julung kalinya diadakan di Putrajaya pada 25 Februari ini nanti bakal menjadi medan terbaik buat...

Hiburan

0 SELEBRITI terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari tidak mempunyai perancangan ntuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana selepas berkahwin buat kali kedua pada...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa meninggalkan Indonesia Masters dengan kekecewaan selepas dihimpit masalah kesihatan akibat keracunan...

Advertisement