Hi, what are you looking for?

Hiburan

Reen Rahim ‘sempoi’ kongsi pelamin dengan adik ipar


PETALING JAYA – Majlis sambut menantu keluarga belah suami pelakon terkenal, Reen Rahim yang diadakan pada Ahad lalu mendapat pujian netizen kerana diraikan dalam suasana sederhana mengikut adat tradisi Melayu.

Lebih mencuri perhatian, majlis persandingan berkonsepkan ala kampung itu menyaksikan Reen berkongsi pelamin bersama adik iparnya yang turut meraikan hari bahagianya bersama isteri.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, menzahirkan rasa syukur kerana majlis sambut menantu oleh keluarga suaminya selesai dibuat dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu keluarga belah suami. Sederhana itu indah. Rezeki Allah SWT beri keluarga baharu yang seronok.

“Ibu dan bapa mentua saya memang ‘edisi terhad’,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarganya dan juga mertua kerana bersusah payah memastikan majlis yang diatur berjalan lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terima kasih untuk setiap keluarga saya dan juga suami. Saya sangat hargai kesungguhan semua siapkan majlis dan datang jauh-jauh untuk bertandang.

“Saya dan keluarga sangat gembira. Semoga Allah berikan kesihatan dan tenaga untuk semua,” ujarnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram memuji sikap rendah diri Reen yang kelihatan gembira diraikan dalam suasana kampung walaupun dirinya berstatus artis terkenal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Relaks Reen sanding dengan adik ipar,” puji seorang netizen.

“Dia (Reen) artis terkenal pun tak kisah bersanding dengan pasangan lain. Ala kadar sahaja kendurinya. Reen memang terbaik!” kata seorang lagi pengikutnya.

“Reen Rahim ke? Terbaik. Ringkas sahaja majlisnya,” kata seorang pengguna Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram, Reen dan suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, segak serta anggun mengenakan busana pengantin songket berona hijau, manakala adik ipar dan juga isteri memakai songket berwarna ‘maroon’.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan seorang netizen, difahamkan majlis resepsi tersebut diadakan di Parit Changkat, Sungai Besar, Selangor.

Terdahulu, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember tahun lalu di Bora Ombak Marina, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications