Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Rekod jaringan City legakan Guardiola


MANCHESTER – Rekod 21 jari­ngan yang berjaya dihasilkan Manchester City dalam empat aksi terakhir meletakkan pe­ngurusnya, Pep Guardiola lebih tenang untuk menghadapi gergasi Jerman, Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Selain kualiti yang ada pada Erling Haaland, tonggak tengah The Citizens, Jack Grealish juga sedang berada pada prestasi terbaik untuk menjadi taruhan pada perhitungan pusingan pertama Etihad kali ini.

“Berdasarkan jaringan, Haa­land sudah terbukti memiliki kualiti luar biasa sepanjang musim ini. Kami memiliki kepantasan di kawasan bahaya pihak lawan dan dia (Haaland) adalah seorang pemain yang cukup ­hebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika ini Jack juga sedang berada pada tahap terbaik dan dia sudah mencipta bantuan jaringan serta gol buat kami. Sudah pasti apabila kami memiliki pemain seperti ini, kami mampu tampil dengan kelainan.

“Mereka memiliki kemam­puan dan bakat untuk melakukan tugas untuk bantu pasukan,” kata pemain tengah City, Rodri.

Menerusi empat aksi terakhir melibatkan City sebelum ini, kejayaan 4-1 adalah kemena­ngan paling kecil yang dicatatkan ketika tewaskan Liverpool dan Southampton, manakala dua lagi perlawanan bertemu Burnley serta RB Leipzig berakhir dengan keputusan 6-0 dan 7-0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayern Munich berdepan situa­si sebaliknya apabila pe­ngendali baharunya, Thomas Tuchel dipalit kekalahan 1-2 kepada Freiburg pada perlawanan Piala Jerman sebelum menang tipis 1-0 kepada lawan sama dalam saingan Bundesliga.

Mengambil kira situasi ini, Rodri yang juga bintang tengah Sepanyol merasakan City perlu memulakan perlawanan dengan lebih baik bagi memberikan tekanan kepada pasukan lawan sekaligus meraih kemenangan pada aksi pertama kali ini.

“Kami berada pada rentak terbaik, jadi kami tidak sabar untuk menghadapi aksi menentang Bayern dan kami harus bermula dengan lebih agresif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bayern adalah pencabar terbesar di pentas Eropah dan jika kami mahu memiliki peluang ­le­bih cerah, kami perlu tunjukkan kualiti sebenar yang kami ada,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement