Hi, what are you looking for?

Sukan

Rekod pertemuan resahkan Manchester United


MANCHESTER – Manchester United perlu melepasi halangan pakar Liga Europa, Sevilla selepas diundi bertemu pada aksi suku akhir bulan depan dalam usaha mengintai peluang ke pentas separuh akhir.

Ia bukan tugas mudah, apatah lagi juara enam kali Liga Europa itu mempunyai rekod yang cukup baik menentang United apabila menang tiga daripada empat pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan.

Jaguh La Liga dari Sepanyol itu juga adalah pasukan yang menyingkirkan The Red Devils di peringkat separuh akhir Liga Europa edisi 2019/2020 menerusi kemenangan 2-1.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itu, pengurus United, Erik Ten Hag meng­ingatkan para pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan Sevilla walaupun lawan mereka itu sedang bergelut dalam saingan domestik.

“Kami perlu berwaspada de­ngan rekod cemerlang Sevilla. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar kerana mereka amat berpengalaman dalam saingan Liga Europa.

“Saya tidak mempunyai maklumat jelas mengenai Sevilla. Namun, saya percaya semua pasukan di peringkat ini mempunyai kekuatan tersendiri,” kata Ten Hag.

Advertisement. Scroll to continue reading.

United mara ke suku akhir selepas menewaskan satu lagi pa­sukan Sepanyol, Real Betis de­ngan keputusan 5-1 secara agregat, manakala Sevilla pula mengatasi Fenerbahce 2-1.

Jika menang ke atas Sevilla pada 13 dan 20 April depan, juara Piala Liga England itu akan berdepan pemenang antara Juventus atau Sporting Lisbon di separuh akhir sebulan kemu­dian. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications