Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Remaja 13 Tahun Dilapor Dirogol 9 Lelaki Secara Bergilir-Gilir Hingga Hamil


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Lombok Timur disyaki telah dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan orang lelaki sehingga hamil.

Memetik laporan Antara News, kes tersebut terjadi ketika mangsa keluar dari rumahnya di Daerah Sakra, Lombok Timur pada Isnin minggu lalu.

Difahamkan, keluarganya yang risau telah bertindak mencarinya termasuk melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas tiga hari dilaporkan hilang, mangsa telah ditemui oleh keluarganya di kawasan Kampung Suwangi Timur, Daerah Sakra.

Ketika ditemui oleh ibu bapanya dan pihak polis, mangsa telah mengakui bahawa dia menghilangkan diri kerana dirogol oleh beberapa orang kawan lelakinya.

Dia seterusnya dibawa ke klinik untuk melakukan ujian kehamilan dan disitu dia telah disahkan hamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keluarga mangsa yang tidak dapat menerima tindakan kesemua pelaku itu segera melaporkan mereka kepada pihak polis.

Ketua Polis Sakra melalui Ketua Perhubungan Awam Polis Lotim, Iptu Nicolas Oesman mengesahkan laporan dakwaan kes rogol kanak-kanak bawah umur itu.

“Kes itu kini dikendalikan oleh unit Satreskrim PPA Polis Lotim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, satu kes rogol yang membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun juga mencuri tumpuan di Lombok Timur.

Menurut laporan Antara News, remaja perempuan itu telah dirogol oleh datuk kandungnya sendiri sehingga hamil tujuh bulan.

Difahamkan, suspek telah melakukan perbuatan tersebut ketika isterinya pergi bekerja di sawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek telah mendatangi cucunya ketika tiada orang di rumah dan memasuki ke dalam bilik mangsa ketika mangsa sedang tidur.

Kerana takut diancam oleh datuknya, remaja tersebut terpaksa melayani datuknya itu. Kejadian tersebut berlaku pada akhir Disember 2021 hingga Mac 2022.

Selama empat bulan, suspek telah merogol sebanyak empat kali termasuk ketika cucunya itu sedang hamil tiga bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatannya itu terbongkar apabila isterinya mulai curiga melihat cucunya yang kerap muntah-muntah dan tidak mahu pergi ke sekolahserta selalu murung dalam kamar.

Untuk membuktikan kecurigaannya, nenek mangsa telah membeli alat ujian kehamilan dan terkejut setelah mendapati cucunya itu sedang mengandung.

Dia memaksa cucunya memberitahu hal sebenar dan akhirnya terbongkarlah kejahatan suaminya selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek telah ditahan oleh pihak polis dan didakwa atas tuduhan gangguan seksual.

Sumber: Antara News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING – Sejenis virus baharu digelar Langya dipercayai menjadi punca berpuluh-puluh penduduk China mengalami simptom seperti selesema dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Hampir satu pertiga isi rumah di United Kingdom (UK) bakal terjerumus ke dalam kemiskinan pada musim sejuk...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris Allahyarhamah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Agrobank dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menguruskan caruman takaful ahli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications