Hi, what are you looking for?

Mamak News

Remaja lelaki hilang di Bukit Kiara ditemui


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang didakwa hilang ketika berjoging di TTDI Bukit Kiara awal pagi semalam dilaporkan telah ditemui.

Difahamkan, Muhammad Fazril Rashid, 19, didakwa tidak dapat dijejaki selepas keluar dari rumah kira-kira pukul 6 pagi untuk joging.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur hari ini memaklumkan remaja terbabit kini berada di Kedah bersama keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kakak kepada remaja lelaki berkenaan, Farah Wahida Rashid, 38, mengesahkan bahawa remaja berusia 19 tahun itu telah ditemui dalam keadaan selamat.

“Semasa hilang dari pagi semalam, dia belum berada di Kedah lagi, masih berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Ketika itu, keluarga kami tidak mendapat sebarang maklumat berhubung keberadaan adik,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kehilangan remaja berkenaan yang mana kali terakhir dilihat memakai seluar tomoi serta memakai kasut berwarna merah dan putih. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEBERANG PERAI – Polis selesai merakamkan keterangan keluarga kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan hak penjagaan anak yang...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan Datin Fouziah Gous menafikan dakwaan mengatakan pangkat dan gelaran yang diberikan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANDUNG: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Tiga individu dan sebuah syarikat didenda RM791,775 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications