Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Remaja Maut, Tergelincir & Jatuh Dari Permainan “Fun Fair” Setinggi 430 Kaki


CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando.

Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada kelajuan 120 km/j.

Bagaimanapun menurut laporan, masih tidak jelas bagaimana remaja itu boleh terlepas dari ikatan tali pinggang kaledar dan terjatuh dari permainan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata pekerja, mereka tidak menyangka kepingan ‘benda’ yang jatuh di kawasan taman tema ketika itu sebenarnya adalah penumpang yang tergelincir dan jatuh daripada salah satu permainan yang ada disana.

“Ketika itu, semua orang panik dan menjerit,” jelas pekerja taman tema Icon Orlando.

Menurut Polis Orange Country, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk pengecaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orlando Free Fall ini merupakan tarikan baharu di taman tema itu.  Permainan ini baru dibuka pada Disember 2021 lalu dengan ketinggian 430 kaki dan boleh memuatkan seramai 30 orang. Ia akan berputar mengelilingi menara gergasi tersebut selama 3 hingga 4 minit dan turun dengan kelajuan 120km/j.

Bagaimanapun, pihak Icon Park masih belum mengulas tentang insiden ngeri yang berlaku itu. Pihak polis telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ini merupakan kemalangan maut kedua di taman tema tersebut. Pada 2020 lalu, seorang pekerja maut selepas tergelincir ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di salah satu alat permainan yang ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan, pekerja berusia 21 tahun itu dikatakan sedang melakukan pemeriksaan keselamatan pada permainan yang dikenali sebagai Orlando Starflyer. Mangsa maut selepas terjatuh pada ketinggian 200 kaki  pada 14 September 2020 lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa mengalami serangan jantung semasa melakukan kerja-kerja pembaikan sebelum tergelincir jatuh dari menara tinggi itu.

Sumber: Dailymail

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement