Hi, what are you looking for?

Mamak News

Remaja Taruh Nyawa, Terkena Renjatan Elektrik Demi Selamatkan Budak Terperangkap Banjir


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seorang remaja tekad pertaruh nyawa sendiri apabila terkena renjatan elektrik semasa menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir ketika kejadian di Udon Thani, Thailand baru-baru ini.

The Thaiger melaporkan, segalanya bermula apabila sebahagian wilayah Udon Thani di utara Thailand dinaiki air banjir sehingga menyebabkan beberapa lokasi penempatan terjejas.

Namun malangnya, seorang kanak-kanak (mangsa) berusia 12 tahun dikatakan terperangkap dalam banjir ketika berada tidak jauh dari tiang elektrik di satu lokasi di sebuah sekolah di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bimbang melihat mangsa, remaja tersebut, Atthachai Argudom, 19, tekad bertindak menyelamatkannya sehingga telefon bimbitnya dilapor terjatuh ke dalam air banjir di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, usaha Atthachai mengundang ‘padah’ apabila dirinya terkena renjatan elektrik yang disyaki ‘mengalir’ dari tiang berkenaan hingga membuatkan dirinya lemah.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka sempat diselamatkan oleh pihak penyelamat sebelum dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan pantas dianggap hero, dapat hadiah telefon
Kredit: The Nation Thailand

Tindakan pantas yang dilakukan Atthachai hingga dirinya terkena renjatan diketahui gabenor Udon Thani, Siam Sirimongkol hingga pegawai tertinggi itu sudi melawatnya di hospital.

Terharu dengan pengorbanan remaja itu, Siam turut membawa satu buah tangan berupa telefon bimbit baharu untuk dihadiahkan kepada Atthachai sebagai ‘pengganti’ telefonnya yang terjatuh ke dalam air semasa menyelamatkan mangsa.

Siam meluahkan rasa berterima kasih ke atas Atthachai atas belas kasihannya terhadap mangsa berkenaan itu kerana dia tidak mementingkan diri sendiri semasa kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut memuji Atthachai atas keputusan melakukan tindakan yang berani dalam situasi yang genting itu.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut turut melawat hero yang menyelamatkan anaknya untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga.

Ujarnya, sekiranya Atthachai tidak melakukan tindakan sedemikian, anaknya akan mati lemas dan dia berterima kasih atas keberanian dan perbuatan baiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti yang dilapor The Nation Thailand, banjir dan ribut hujan yang melanda Thailand ketika ini mendatangkan ‘cabaran’ kepada seluruh rakyat di negara itu.

Namun, dengan adanya wira seperti Atthachai, ia serba sedikit membantu meringankan beban yang dihadapi orang awam dan menjadikan situasi tersebut lebih baik.

Sumber: The Thaiger

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Berlaku sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam yang sering menggunakan khidmat penghantaran makanan dan membuat pembayaran secara atas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan es. Ketua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Baik Beli Kalau Bayar Sewa Dekat RM1k Sebulan,” Ramai Yang Kena Hadam Selagi Belum Mampu Beli Rumah Semua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications