Hi, what are you looking for?

Hiburan

Rendisi ‘jantan’ Sepi Sekuntum Mawar Merah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JUJUR, andai ada pertanyaan siapa vokalis lelaki tanah air yang wajar diberi perhatian secukupnya atas tiket bakat, jawapannya adalah besar kemungkinan milik penyanyi Amir Masdi.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengakui kehebatan nyanyian Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi. Terbaharu, lelaki berusia 26 tahun itu muncul dengan lagu nostalgia berjudul Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ratu Rock negara, Ella.

Nyanyian luar biasa Amir menerusi lagu berkenaan seolah-olah memberi kesedaran dan peringatan bahawa, mana-mana penyanyi yang ingin merakamkan semula lagu orang, itulah format yang selayaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susunan muzik versi Amir mampu membuatkan pendengar terus jatuh cinta dengan Sepi Sekuntum Mawar Mewah.

Segar, banyak elemen baharu dimasukkan dan termasuklah bunyi daripada petikan gitar yang menyengat serta permainan orkestra menjadikan lagu berkenaan semakin ‘mahal’.

Versi Ella memang sudah tiada tandingan dan berada pada posisi tersendiri. Versi Amir pula ternyata memberi keadilan sewajarnya buat lagu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadilan

Ella dan bahkan, komposer lagu tersebut semestinya mengagumi dan mempercayai bakat nyanyian dan muzik Amir, sekali gus memberi lampu hijau buatnya menyunting dan meletakkan Sepi Sekuntum Mawar Merah di jambangan selayaknya.

Dari segi vokal, Amir bukan sahaja mengadun elemen rock, dia juga cemerlang dari segi penghayatan emosi, sekali gus nyanyiannya menusuk kalbu pendengar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengar seribu kali pun, Sepi Sekuntum Mawar Merah kali ini tidak membosankan dan itulah impak sepatutnya ditinggalkan seorang penyanyi yang bagus.

Seorang penyanyi yang cakna akan tanggungjawab melunaskan keizinan dan hormat dengan nilai autentik penyanyi dan karya asal.

Hormat lagu orang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Senang cerita, ini barulah penyanyi dan bukan memandai-mandai menyanyikan lagu orang sampai hilang identiti asal.

Ramai berpendapat Amir seorang penyanyi underrated atau ‘underdog’, semua itu ada benarnya.

Seperti bom atom menunggu masa ledakan, kalau terus membuktikan yang terbaik dari segi bakat, tidak lama lagi Amir akan betul-betul meletus dan menyita perhatian sebetulnya daripada khalayak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syabas dan terima kasih buat Amir kerana melakukan apa yang sepatutnya. Urusan nyanyian semula yang dilakukan pasukan Amir ternyata sehabis baik tanpa mengikis signatur lagu asal.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW: Mahkamah Russia menetapkan jumlah saman tiga juta rubles (RM235,000) yang perlu dilangsaikan TikT kerana enggan menggugurkan kandungan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengingatkan barisan pemain untuk beraksi tanpa sebarang tekanan menjelang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Pengurus Manchester United (MU) Erik Ten Hag tidak akan menghalang penyerangnya Cristiano Ronaldo sekiranya pemain itu ingin meninggalkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications