Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Restoran Asam Pedas Viral – Makin Dikecam, Makin Ramai Pula Yang Datang


KOSMO! ONLINE melaporkan, restoran asam pedas yang pernah mencetuskan kontroversi kerana isu ‘bahasa kasau’ dan ‘suara petir’ pemiliknya satu ketika dahulu masih lagi mendapat sambutan luar biasa dari orang ramai.

| Kampungmamakcom 1 Asam Pedas

Sejak dibuka bermula pukul 12 tengah hari, didapati semakin panjang barisan pelanggan yang beratur menunggu giliran untuk menjamu selera di situ sehinggalah ke lewat petang.

Pemiliknya, Norhayati Baharom, 47, berkata sejak kedainya beberapa kali menjadi viral akibat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, perniagaannya itu menjadi semakin maju.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dulu sebelum viral, kami masak beras dalam 20kg sehari, kini kalau musim perayaan dan cuti persekolahan kami perlu guna 60kg beras, baru cukup,” jelasnya.

“Meskipun ramai kecam kedai ini sehingga ada yang menggelarkan kami ‘keluarga puaka’ tapi Alhamdulillah pelanggan kami semakin ramai, malah mereka perlu beratur menunggu giliran makan,” tambahnya lagi.

Menurutnya, bagi lauk asam pedas, kira-kira 300 keping ikan pari dan jenahak akan licin dalam tempoh lima jam sehingga pukul 5 petang dengan jumlah pengunjung premis itu mencecah sehingga 600 orang sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan dari jumlah pelanggan yang naik mendadak, dia juga terpaksa mengehadkan makanan yang dibungkus bagi memastikan setiap individu berpeluang untuk merasai masakan asam pedas kegemaran ramai itu.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, itu hak mereka, saya percaya ramai lagi pelanggan yang faham. Kenalan atau pelanggan yang dah biasa makan sini mereka tahu perangai keluarga ini macam mana.

“Memang cara kita cakap macam ni, sejak azali lagi, kami anak beranak kalau bersembang sesama kami pun meja macam nak terbalik,” ujar Norhayati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Guna Perkataan ‘Hawau’ Dan ‘Lahabau’, Percakapan Serta Gurauan Orang Melaka Boleh Disalah Erti

Sumber: KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Terus melakar sejarah dalam industri muzik tanah air, penyanyi Aina Abdul sekali lagi membawa pulang trofi apabila diumumkan sebagai penerima...

Hiburan

3s LOS ANGELES – BELUM sempat panas  trofi Album Terbaik Anugerah Grammy dalam genggaman, Taylor Swift dihujani kritikan apabila didakwa tidak mengendahkan penyanyi Ce...

Advertisement