Hi, what are you looking for?

Mamak News

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Jika sebelum ini, restoran mamak sering kali menjadi pilihan orang ramai untuk menjamah khususnya mereka yang mahu melepak atau menjamah pada lewat malam, situasi ini mungkin tidak lagi berlaku selepas ini.

Menerusi laporan terbaru, difahamkan lebih 2,000 restoran mamak dilaporkan terpaksa tutup impak daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dari tahun 2020.

Mempunyai pekerja terdiri daripada warga asing antara yang memberi kesan kepada restoran mamak berikutan permit kerja yang tamat atau terkandas akibat pandemik ketika pulang bercuti di negara asal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan. Sumber: thevibes

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyifatkan kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritikal membelenggu ahlinya di seluruh negara.

Difahamkan daripada 12,000 ahli yang berdaftar dengan PRESMA, kini lebih 2,000 ahli sudah menutup operasi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor di mana kekurangan tenaga kerja antara yang menjadi faktor utama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isu yang berlaku turut mendesak pihak restoran mamak berusaha mendapatkan pekerja tempatan walau bagaimanapun sambutan daripada rakyat Malaysia untuk bekerja di restoran mamak kurang menggalakkan.

Jawahar Ali berkata, ahli PRESMA sentiasa sedia menyahut seruan kerajaan untuk menggaji pekerja tempatan, tetapi malangnya ia sukar dilaksanakan kerana bilangan rakyat Malaysia yang mahu berkhidmat di restoran begitu suram. Pihak mereka turut berusaha menghasilkan poster khas dan ditampilkan di restoran dalam memaklumkan pengambilan pekerja tempatan namun masih lagi gagal meraih sambutan.

Selain itu, restoran mamak yang sering menjadi pilihan berikutan waktu operasi 24 jam sehari mungkin tidak lagi dapat menawarkan perkhidmatan waktu operasi yang panjang seperti sebelum ini berikutan kekurangan pekerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Membincangkan soal pekerja, PRESMA dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja bagi mengisi kekosongan di seluruh negara. Sehingga kini, dilaporkan hampir 50 peratus pekerja terpaksa pulang ke negara asal sejak PKP sejak dilaksanakan pada awal tahun 2020.

Situasi yang berlaku yang berlaku mungkin membuatkan lebih banyak restoran mamak terpaksa gulung tikar sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam menjadi mangsa kerakusan dua kenalan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DODOMA: Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dipasang di lereng gunung Kilimanjaro membolehkan pendaki yang mempunyai telefon pintar membuat...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Nasib baik mo orang putih (minah saleh), kalau mo kita (Melayu) tak dapat bayangkan”. Demikian...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications